Utama Android Honor HONOR perkenalkan Telefon Pintar Boleh Lipatnya yang Pertama ke Pasaran Global, HONOR...

HONOR perkenalkan Telefon Pintar Boleh Lipatnya yang Pertama ke Pasaran Global, HONOR Magic Vs

373
0
HONOR Magic Vs

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – HONOR mengumumkan peranti terbaharunya HONOR Magic Vs, generasi baharu telefon boleh lipat flagship yang akan menaikkan penanda aras industri dari segi rekaan, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna. Ini menjadikan HONOR Magic Vs peranti terbaik untuk perniagaan dan hiburan.

“HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat flagship pertama HONOR untuk bersaing di pasaran antarabangsa dan kami yakin peranti ini akan membawa kemajuan besar, sekaligus mengubah cara penggunaan telefon pintar di seluruh dunia,” kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Device Co, Ltd. Berita ini pasti menggembirakan peminat di Malaysia. 

HONOR Magic Vs – Telefon boleh lipat tercanggih diukir dengan rekaan engsel hebat

Membanggakan apabila HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat paling ringan dalam industri setakat ini dengan berat hanya 261g apabila dilipat. Peranti ini dimuatkan bateri 5000mAh dan kapasiti ini paling besar di dalam kategori telefon boleh lipat sedia ada, sesuai untuk kegunaan sepanjang hari. Badan HONOR Magic Vs juga nipis iaitu 12.9mm membuatkan rekaannya kelihatan simetri dan licin. Ini menjadikannya peranti boleh lipat nipis dan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, pada masa sama memberi rasa premium kepada pengguna.

Penyumbang kepada keringanan HONOR Magic Vs disebabkan rekaan engsel tanpa gear ringan yang diperbuat daripada teknologi pemproses pemutus satu-keping dan jumlah komponen struktur penyokong di dalam engsel dikurangkan daripada 92 kepada 4, sambil mengekalkan ketahanan dan pengukuhannya. Engsel ini dihasilkan daripada bahan gred aeroangkasa membolehkan HONOR Magic Vs menahan lebih 400,000 lipatan, bersamaan pengunaan lebih 10 tahun dengan 100 lipatan sehari. Kehebatan ini menghasilkan penanda aras baharu dalam rekaan telefon boleh lipat.

Paparan Dwi Besar untuk Pemandangan Luar Biasa

Apabila dilipat, HONOR Magic Vs mempunyai paparan 6.45 inci dengan nisbah aspek 21:9 yang mesra pengguna serta nisbah skrin ke badan 90% untuk pengalaman menonton menyeronokkan menerusi paparan dalaman luas 7.9 inci. Turut disertakan adalah sokongan gamut warna DCI-P3 100% yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz. Sudah pasti HONOR Magic Vs menjamin pengalaman hiburan mengasyikkan, sama ada ketika menonton filem, bermain game atau penggunaan biasa.

HONOR Magic Vs juga mengetengahkan ciri serba baharu Circadian Night Display yang berupaya mengurangkan kesan negatif cahaya biru dengan efektif dan pada masa sama meningkatkan kualiti tidur pengguna supaya lebih bertenaga dan produktif pada waktu siang. Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs dilengkapi teknologi Kemalapan PWM 1920Hz yang mengurangkan kerlipan skrin untuk pengalaman pemandangan selesa walau dalam suasana malap.

Fotografi Pengkomputeran dan Pengalaman Audio Dipertingkatkan

Pengalaman menggunakan HONOR Magic Vs bertambah seronok dengan merakam gambar. HONOR Magic Vs menampilkan sistem tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama IMX800, Kamera Lebar Ultra & Makro 50MP serta Kamera Zum Optikal 3X 8MP memberi hasil rakaman gambar dan video unggul dengan butiran terperinci mengagumkan. Semua ini tercapai menerusi HONOR Image Engine yang memberikan keupayaan fotografi pengkomputeran terbaik di dalam kelasnya dengan menghasilkan gambar berkualiti dalam apa jua keadaan.

Prestasi Sepanjang Hari Yang Tiada TandinganHONOR Magic Vs Model

HONOR Magic Vs dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform, memacu kecekapan kuasa dengan prestasi GPU dan CPU yang dipertingkatkan. Bateri besar harus dipadankan dengan pengecas yang bagus. Pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W membolehkan bateri mencapai 100% dalam tempoh 46 minit.

Sekuriti Dual-TEE untuk keselamatan yang dipertingkatkan 

HONOR Magic Vs hadir dengan sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) dibangunkan bersama Qualcomm untuk memberi perlindungan perkakasan kepada pengguna, memastikan privasi dan keselamatan dipertingkatkan. Telefon boleh lipat ini diperkasakan dengan MagicOS 7.0 terkini berdasarkan Android 12. HONOR Magic Vs dimuatkan dengan ciri pintar yang dipertingkatkan untuk membantu dalam pelbagai tugasan dan meningkatkan produktiviti ke tahap maksima.

Adakah HONOR Magic Vs akan tiba di Malaysia?

Adakah telefon boleh lipat flagship antarabangsa pertama HONOR akan tiba di Malaysia? Nantikan jawapannya dengan mengikuti perkembangan mengenai HONOR Magic Vs di lamn web https://www.hihonor.com/my/ atau Facebook HONOR Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.