Utama Android Honor HONOR Magic V5 secara rasminya akan memasuki ke pasaran Malaysia tidak lama...

HONOR Magic V5 secara rasminya akan memasuki ke pasaran Malaysia tidak lama lagi

70
0

HONOR secara rasminya telah mengesahkan akan melancarkan Magic V5 ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, tanpa menyatakan tarikhnya secara spesifik. Model baharu ini juga dijadualkan akan diumumkan di China pada awal bulan ini dan disasarkan akan menjadi telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia sebagaimana Magic V3 sebelum ini.

Imej rasminya menunjukkan telefon pintar ini di dalam keadaan dibuka dan juga dilipat, yang dikatakan hanya berketebalan 8.8mm, sama tebal seperti Magic 7 Pro. Selain sifat nipisnya, Magic V5 juga didatangkan dengan warna emas yang berkilau, serta permukaan belakangnya dan bahagian engselnya yang bertekstur.

Terdapat tiga sensor kamera yang ditempatkan di dalam ruangan kameranya yang besar, berkemungkinan terdiri daripada kamera utama, telefoto, dan ultra-lebar, seperti model sebelumnya. Ura-ura sebelum ini mengatakan kamera telefoto tersebut merupakan sensor dengan 200MP.

Lain-lain spesifikasinya diuar-uarkan akan mempunyai paparan utama 8-inci, dengan skrin luaran 6.45-inci. Di dalamnya, Magic V5 dijangka akan dilengkapkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version, serta bateri berkapasiti 6,100mAh yang menyokong pengecasan 66W.

HONOR Magic V5 akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Julai 2025 untuk pasaran China. Tiada sebarang maklumat mengenai kehadirannya ke pasaran global setakat ini. Bagaimanapun, mengambil kira pelancaran Magic V3 sebelum ini, kemungkinan Magic V5 akan menemui pengguna tempatan dalam beberapa bulan selepas pelancarannya di China.

Dalam pada masa yang sama juga, HONOR turut menawarkan kepada individu yang berminat dan terpilih untuk mencuba telefon pintar baharu ini menerusi HONOR Magic V5 Beta Experiencer Program bermula dari hari ini. Anda yang berminat untuk mencuba peluang menjadi yang pertama menggunakan telefon pintar boleh lipat ini boleh melayari laman web rasmi HONOR.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.