Utama Mobile Aplikasi Malaysia akan melancarkan Aplikasi Mudah Alih Baharu MyGov pada Julai 2025

Malaysia akan melancarkan Aplikasi Mudah Alih Baharu MyGov pada Julai 2025

80
0

Kerajaan Malaysia akan melancarkan aplikasi mudah alih MyGov yang berfungsi sebagai platform terpusat untuk mengakses perkhidmatan awam pada Julai 2025. Menteri Digital Gobind Singh Deo telah mengumumkan aplikasi tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif Government Technology (GovTech) yang bertujuan mentransformasikan Malaysia ke arah digitalisasi.

Gobind menyatakan aplikasi bersepadu ini akan menyediakan rakyat Malaysia dengan akses lancar ke perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Untuk permulaan, aplikasi MyGov menyediakan tujuh perkhidmatan teras merangkumi:

  1. pasport dan urusan perjalanan
  2. pendaftaran kelahiran dan kerakyatan
  3. perkhidmatan cukai jalan dan lesen memandu
  4. rekod perubatan dan temujanji kesihatan
  5. saman
  6. cukai tanah dan taksiran
  7. akses program Sumbangan Tunai Rahmah

Aplikasi ini akan diintegrasikan dengan MyDigital ID bagi membolehkan pengguna membuat pengesahan identiti dan mengakses ke perkhidmatan dengan selamat melalui log masuk tunggal. Gobind menyatakan integrasi ini disasarkan untuk memudahkan pengguna disamping memperkasakan kebolehpercayaan, keterangkuman dan kecekapan di seluruh platform digital kerajaan.

Buat masa ini aplikasi MyGov telah sedia untuk dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Bagaimanapun akses kepadanya masih lagi belum dibuka kepada orang ramai dan hanya tersedia untuk pengguna-pengguna khusus.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.