Utama Android Honor HONOR Magic V3 akan dilancarkan di Malaysia secara serentak Debut Globalnya pada...

HONOR Magic V3 akan dilancarkan di Malaysia secara serentak Debut Globalnya pada 5 September ini

189
0
HONOR Magic V3 Malaysia Review

HONOR telah mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharunya, Magic V3 akan dilancarkan di Malaysia secara serentak dengan debut globalnya di IFA 2024 Berlin. Pelancaran tersebut berlangsung pada 5 September secara livestream melalui laman Facebook rasminya pada jam 8 malam.

Telefon pintar boleh lipat ini pertama kali diperkenalkan di China pada Julai lalu dengan menampilkan bentuk yang amat nipis. Skrin dalamannya yang merupakan panel AMOLED LTPO bersaiz 7.92-inci ini mempunyai kadar penyegaran semula skrin 120Hz dan tahap kecerahan puncak 1,800 nits.

Manakala skrin luarannya, panel OLED dengan saiz skrin 6.43-inci pula mempunyai kadar penyegaran semula yang sama, namun memiliki tahap kecerahan puncak yang lebih tinggi pada 5,000 nits.

Di dalamnya, Magic V3 menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan baterinya yang berkapasiti 5,150mAh turut menyokong pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W. Untuk pengimejan pula, telefon pintar ini mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto 50MP yang juga mempunyai OIS dan zum optikal 3.5x serta sebuah kamera ultra-lebar 40MP.

HONOR MagicBook Art 14 Review Malaysia
HONOR MagicBook Art 14

Selain memperkenalkan HONOR Magic V3, acara pelancaran peringkat global berkenaan kelak juga buat julung kalinya melancarkan tablet HONOR MagicPad 2 dan laptop MagicBook Art 14.

HONOR MagicPad 2 Review Malaysia
HONOR MagicPad 2

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.