KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 — Diiktiraf sebagai telefon kamera terbaik dalam julat harga RM2,000, HONOR 70 mencuri tumpuan seluruh negara sejak pelancaran rasminya pada Sabtu lalu.

Membuatkannya lebih menarik apabila Maxis bekerjasama dengan HONOR untuk membuatkan HONOR 70 lebih mampu dimiliki melalui pelan kontrak biasa 24 bulan dan pelan ansuran bulanan Maxis Zerolution sehingga 36 bulan.

Peminat yang membuat pembelian sepanjang tempoh ini layak membawa pulang hadiah bernilai RM 298, termasuk sarung HONOR 70 dan lanjutan jaminan 1 tahun (Untuk ditebus oleh pelanggan melalui aplikasi My HONOR).

Dapatkan HONOR 70 pada hanya RM 99 atau RM10/bulan dengan pelan Pasca Bayar Maxis

Jimat lebih, bayar kurang! HONOR 70 serba baharu boleh didapati pada hanya RM 99 apabila pelanggan mendaftar pelan Pasca Bayar 188 Maxis, dan boleh jimat RM 1,900. Selain itu, HONOR 70 juga boleh didapati secara pelan ansuran bulanan Maxis Zerolution bermula dari RM10/bulan.

Nah, ini dinamakan tawaran terbaik musim ini! Maklumat penuh boleh didapati di laman sesawang Maxis atau singgah ke kedai Maxis berhampiran anda. HONOR 70 Pelan Pasca Bayar Maxis: https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/70-5g 

Pelan Normal Contract Maxis 24 bulan untuk HONOR 70: 

Normal contract Yuran Bulanan Data (Kuota) Harga Peranti (RM) Jimat Sehingga (RM)
Pasca Bayar 188 Maxis 188 110GB 99 1900
Pasca Bayar 158 Maxis 158 90GB 299 1700
Pasca Bayar 128 Maxis 129 70GB 799 1,200
Pasca Bayar 98 Maxis 98 50GB 1,199 800

Pelan ansuran bulanan Maxis Zerolution 36 bulan untuk HONOR 70: 

Maxis Zerolution Yuran Bulanan Data (Kuota) Harga Peranti bulanan (RM) Jimat Sehingga (RM)
Pasca Bayar 188 Maxis 188 110GB 10 1,639
Pasca Bayar 158 Maxis 158 90GB 25 1,099
Pasca Bayar 128 Maxis 129 70GB 35 739
Pasca Bayar 98 Maxis 98 50GB 45 379

Kamera telefon pintar bawah lingkungan harga RM2,000 dengan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 SONY

HONOR 70 dengan bangganya mempertaruhkan cip terhebat SONY dalam Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 sebesar 1/1.49 inci, membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap untuk gambar yang lebih cerah dan terperinci, terutamanya ketika suasana cahaya malap dan malam.

Kredit foto: Aereon Wong

Berdasarkan hasil tangkapan jurugambar profesional dan ulasan media teknologi seluruh dunia, kehebatan kamera HONOR 70 membuktikan situasi cahaya rendah kini bukan lagi menjadi satu masalah. Kualiti imej berdefinisi tinggi yang mengagumkan dihasilkan dengan lanskap dan potret malam, menjadikan setiap tangkapan mempesona.

HONOR X8 5G untuk dimiliki pada harga RM 1 dengan Pelan Pasca Bayar 128 Maxis

Selain HONOR 70, model kegemaran ramai HONOR X8 5G – juga boleh didapati melalui tawaran Maxis. Sebuah telefon pintar 5G dengan harga pasaran RM 999, ini tidak akan mengganggu poket anda.

HONOR X8 5G dilengkapi dengan tiga kamera 48MP dan bateri besar 5,000 mAh untuk prestasi dan jaringan hubungan sepanjang hari. Peminat pastinya teruja dengan tawaran HONOR X8 5G pada harga RM 1 dengan Pelan Pasca Bayar 128 Maxis.

HONOR X8 5G Pelan Pasca Bayar Maxis: https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x8

Tinggalkan komentar