KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – HONOR Malaysia secara rasminya memperkenalkan model flagship terbaharunya, HONOR 70 pada harga RM 1,999. Pra-tempah bermula hari ini sehingga 26 Ogos dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 597 iaitu HONOR Earbuds 2 Lite, sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan satu tahun.
Turut dilancarkan adalah HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8. Kedua-dua peranti ini menambah baik lagi produktiviti dan hiburan pengguna menerusi HONOR Connect. HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 mulai dijual di seluruh negara pada 27 Ogos ini.
HONOR 70 menampilkan Kamera Penderiaan Super IMX800 – Lebih Cerah dan Terperinci pada Suasana Malam
HONOR 70 meneruskan tradisi Siri Nombor HONOR yang berteknologi dan estetik. Rekaan luar HONOR 70 yang bercorak berlian diinspirasikan oleh gelas kristal dan kilauan berlian. Menggunakan teknologi dwi filem, tekstur tiga kali ganda dan dwi lapisan, efek kedalaman HONOR 70 terserlah apabila tekstur bayangnya kelihatan seakan-akan kilauan berlian, menjadikannya kelihatan elegan dan mewah.
Mengetengahkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 54MP, HONOR 70 memperkenalkan penderia flagship SONY IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan lebih jelas, terutamanya pada suasana malam dan cahaya latar yang malap.
Berdasarkan foto yang ditunjukkan semasa pelancaran, terbukti bahawa semakin besar sensor membolehkan lebih banyak cahaya diserap, semakin cerah gambar dihasilkan walaupun suasana ketika itu kurang bercahaya. Gambar yang cantik dan lebih terperinci kini boleh terhasil disebabkan sensor IMX800.
HONOR 70 turut dilengkapi Kamera Ultra Lebar 122o 50MP yang boleh digabungkan dengan Kamera Makro. Selain mempunyai sistem dwi kamera utama yang terbaik dalam kelas tersendiri, HONOR 70 juga menampilkan peneraju industri Computational Photography yang dikuasakan oleh AI dan HONOR Image Engine bagi menghasilkan imej dan rakaman mengagumkan, berdefinisi tinggi dengan gaya unik dan stabil.
Sejak rakaman Multi-Video pertama kali diperkenalkan pada HONOR 50 dan HONOR 70 membawa teknologi ini lebih jauh dengan terhasilnya fungsi Vlog yang innovatif. Gunakan mod Solo Cut untuk merakamkan video dari dua pemandangan, iaitu video panorama dan video solo dirakam secara serentak
Bukan itu sahaja, HONOR 70 juga tidak kurang hebatnya dari segi prestasi. Ia didatangi bateri besar 4800 mAh dengan berat hanya 178g. Telefon pintar menarik dan bergaya ini mudah dibawa ke mana-mana sama ada digenggam atau disimpan di dalam poket dan beg tangan.
Dari segi paparan, Skrin Dwi Lengkung Super bercirikan bezel nipis menjadikan nisbah skrin ke badan 93.7%. Dengan 1.07 bilion warna dan teknologi PWM Dimming 1920Hz, menonton drama tanpa henti dengan HONOR 70 amat menyeronokkan!
Harga HONOR 70 di Malaysia
HONOR 70 ditawarkan pada warna cantik dan bergaya Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Anda juga boleh memiliki HONOR 70 menerusi kaedah bayaran ansuran 12 bulan dengan 0% faedah di pada harga serendah RM166.6 sebulan.
| Produk
|
Harga
|
Hadiah Percuma | |
| Pra-Tempahan
18 hingga 26 Ogos 2022 |
Jualan Pertama Bermula
27 Ogos 2022 |
||
| HONOR 70
8GB+256GB
|
RM 1,999 |
|
|
Dapatkan HONOR 70 anda sekarang sebelum kehabisan hadiah percuma! Jangan lupa tandakan kalendar pada 27 Ogos untuk menjadi antara individu pertama yang membawa pulang komputer riba ‘Master’ prestasi, HONOR MagicBook 14 dan pelengkap hiburan terbaik anda, HONOR Pad 8.
Untuk berita terkini tentang HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 boleh layari atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia.

















