Utama Mobile Aplikasi Aplikasi perbankan dalam talian CIMB Octo, diperkenalkan secara rasmi; Fungsi penuh akan...

Aplikasi perbankan dalam talian CIMB Octo, diperkenalkan secara rasmi; Fungsi penuh akan hadir Pertengahan 2023

862
0
Aplikasi CIMB Octo Dilancarkan

CIMB secara rasminya memperkenalkan CIMB Octo, aplikasi perbankan dalam talian generasi berikutnya yang direka bagi menyediakan fungsi dan keperibadian baharu kepada lebih dari 8 juta penggunanya di Malaysia. Aplikasi ini masih lagi di peringkat awal dengan ciri dan perkhidmatan yang masih lagi terhad.

Menurut CIMB, Octo direka bagi kegunaan harian, memudahkan para pelanggan menguruskan kewangan dengan cepat dan selamat. Melalui versi sekarang ini, pelanggan CIMB boleh menggunakan Octo untuk membuat semakan akaun, melakukan pemindahan wang di dalam negeri, pemindahan DuitNow, pembayaran pembiayaan dan kad kredit, JomPay dan isian semula prabayar.

Fungsi-fungsi tambahan lain yang akan disertakan kelak termasuklah pemindahan wang ke luar negara, cadangan, wijet, dan transaksi QR rentas sempadan DuitNow. Aplikasi CIMB Octo buat masa ini boleh diakses oleh pelanggan CIMB sedia ada dengan akaun CIMB Clicks yang aktif. Berbeza dengan aplikasi lain seperti Maybank MAE dan Bank Islam BeU, tiada pilihan untuk mewujudkan akaun CIMB baharu menerusi aplikasi Octo buat masa ini.

CIMB Octo Logo
Imej dari CIMB

Pengguna CIMB Clicks sedia ada boleh menggunakan aplikasi Octo mulai hari ini yang boleh dimuat turun di Apple App StoreGoogle Play, dan Huawei AppGallery. Walaubagaimanapun, pengguna masih lagi perlu mengekalkan aplikasi CIMB Clicks.

Menurut CIMB, CIMB Clicks masih lagi diperlukan bagi penghantaran SecureTAC. Fungsi dan perkhidmatan perbankan yang lengkap di dalam aplikasi berkenaan dijangka akan mula ditawarkan pada pertengahan tahun 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.