HONOR Malaysia baharu sahaja mengumumkan kehadiran telefon pintar HONOR 200 Lite ke pasaran Malaysia. Dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 6080, telefon pintar ini dilengkapkan dengan paparan AMOLED dengan Pemalapan PWM 3,240 untuk tontonan bebas kerdipan.
Dari segi fotografinya, telefon pintar ini mempunyai kamera utama 108MP dengan kamera hadapan 50MP yang boleh digunakan bagi tujuan swafoto dan juga panggilan video dalam talian.
Selain dari itu, telefon pintar ini mempunyai skrin Ultra Tough Reinforced yang telah dinaik taraf. Ia juga ditawarkan dengan pelan Penggantian Bahagian Hadapan dan Belakang selama 365 hari jika berlaku keretakan padanya. Secara ringkas, spesifikasinya adalah seperti berikut:
- Skrin – 6.7″ FHD+ AMOLED display, DCI-P3 100%
- Pemprosesan – MediaTek Dimensity 6080
- RAM – 8GB
- Storan – 512GB
- Kamera belakang – 108MP, 5MP, 2MP
- Kamera hadepan – 50MP
- Bateri – 4,500mAh, sokongan pengecasan berwayar 35W
- Pilihan warna – Starry Blue, Midnight Black
Anda boleh mendapatkan HONOR 200 Lite pada harga RM1,299 bermula dari hari ini melalui peniaga dan pengedar yang sah di seluruh negara.