Sempena ketibaan musim Piala Dunia FIFA, penaja rasmi kejohanan, Hisense Malaysia, telah melancarkan kempen promosi “Innovating A Brighter Life, Bring The Stadium Home Promotion 2026”.
Kempen yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2026 ini menawarkan pelbagai hadiah percuma eksklusif, ganjaran menarik, dan peluang memenangi cabutan bertuah bagi pelanggan yang membeli produk terpilih.
Kempen promosi ini memfokuskan usaha membawakan pengalaman menonton perlawanan bola sepak berskala stadium dengan tenaga dan keterujaan terus ke ruang tamu pengguna. Bagi menerajui inisiatif ini, Hisense mempertaruhkan televisyen mercu (flagship) 116” UX RGB QD MiniLED yang menjanjikan visual menakjubkan dan warna terang, di samping siri ULED QD MiniLED yang menawarkan kualiti gambar imersif pelbagai saiz.
Bagi melengkapkan ekosistem kediaman pintar yang selesa, Hisense turut menyenaraikan produk kelengkapan rumah lain termasuk penyaman udara siri Fresh Air VAGS dan KHA, peti sejuk Inverter 4-Pintu, serta barisan mesin basuh dan pengering.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kempen promosi ini mencerminkan misi Hisense Malaysia dalam menyampaikan teknologi premium, kebolehpercayaan, dan nilai yang bermakna kepada isi rumah di Malaysia.
Pelanggan yang membuat pembelian produk Hisense yang layak di cawangan runcit sah akan menikmati ganjaran hadiah percuma, termasuk kredit eDompet Touch ‘n Go (TNG) bernilai sehingga RM5,000, serta perkakas dapur premium Color King yang terhad untuk pembelian secara luar talian (offline).
Bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM2,500 dalam satu resit, anda berpeluang menyertai cabutan bertuah “Win Like A Champion”. Antara hadiah lumayan yang bakal dimenangi dan diumumkan pada bulan September kelak merangkumi:
- Hadiah Utama (1 Unit): Komputer riba Lenovo LOQ 15AHP11 bernilai RM5,600.
- Tempat Kedua (1 Unit): Beg bagasi tunggangan Airwheel SE3SL bernilai RM3,000.
- Tempat Ketiga (1 Unit): Trofi Rasmi Piala Dunia FIFA LEGO bernilai RM800.
- Saguhati (3 Unit): Rantai Kunci Kodak Charmera (berserta Kad SD 16GB) bernilai RM200 setiap satu.
Penebusan hadiah adalah tertakluk pada ketersediaan stok (siapa cepat, dia dapat) dan pelanggan perlu mendaftarkan waranti dalam talian serta melengkapkan borang tuntutan rasmi bermula 1 Mei hingga 31 Ogos 2026. Pelanggan juga dikehendaki mendaftarkan waranti secara dalam talian di https://www.hisense.com.my/online-registration untuk pengesahan. Tertakluk kepada terma dan syarat.










