Gejala penipuan di dalam perbankan dalam talian palsu kebelakangan ini dilihat semakin berleluasa. Antara yang turut terkesan adalah pengguna perkhidmatan Maybank2u apabila pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan.

Taktik licik yang digunakan oleh scammer ini antaranya adalah dengan mewujudkan laman-laman web palsu yang menyerupai Maybank2u. Ia bertujuan memperdaya pengguna untuk mendapatkan akses ke akaun pengguna Maybank.

Justeru, pihak Maybank telah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan laman web palsu perkhidmatan Maybank2u dan jangan klik pada mana-mana pautannya.

Cara terbaik untuk mengakses ke laman web perkhidmatan berkenaan adalah melalui URL berikut:

Jika pengguna tidak sengaja berkongsikan maklumat log masuk Maybank2u ke mana-mana laman web palsu berkenaan, sila hubungi pihak Maybank dengan segera di talian 03-5891-4744

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.