Home Mobile Android Harga Samsung Galaxy S8 dari RM3,299, hadir ke pasaran Malaysia bermula 5...

Harga Samsung Galaxy S8 dari RM3,299, hadir ke pasaran Malaysia bermula 5 Mei 2017

426
4

Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan harga jualan bagi telefon pintar flagship keluarannya, Galaxy S8 dan S8+. Juga, turut diumumkan bagi mana-mana pembeli pra-tempahan bukan sahaja bakal menerima cenderahati bernilai hampir RM900, malah bakal menerima telefon pintar berkenaan sehari lebih awal dari pengguna lain di Malaysia.

Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ akan dijual pada harga masing-masing RM3,299 dan RM3,699. Antara ciri-ciri unik terbaru yang ditampilkan pada telefon pintar ini adalah Infinity Display, yang memberikan nisbah skrin ke peranti 83%. Kedua-duanya turut menawarkan skrin paparan yang lebih besar dengan masing-masing 5.8 inci dan 6.2 inci.

Dari segi perkakasan, Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ dilengkapi dengan pemprosesan Exynos 8895 yang dibina melalui proses 10nm. Turut ditawarkan, RAM 4GB dan storan berkelajuan tinggi 64GB UFS 2.1 serta slot kad mikroSD.

Cenderamata percuma yang ditawarkan bagi pembeli pra-tempahan telefon pintar ini termasuklah Kit Permulaan Edisi terhad , pek bateri 5,100mAh dan pakej jaminan Samsung Care Plus.

Kit Permulaan mengandungi pelindung skrin, pelapik berwarna jernih dan kabel tambahan USB Type-C. Manakala pakej jaminan Samsung Care Plus pula akan memberikan perlindungan dari segi kerosakan elektrikal dan mekanikal, kerosakan akibat kemalangan dan juga penambahan satu tahun lagi tempoh jaminan. Perlindungan ini juga turut melindungi kerosakan cermin skrin yang retak.

Pra-tempahan Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ untuk pasaran Malaysia menawarkan tiga pilihan warna – Orchid Grey, Maple Gold, dan Midnight Black. Telefon pintar yang telah ditempah bakal menemui pembelinya pada 4 Mei 2017, iaitu sehari lebih awal dari tarikh ia mula dijual di seluruh negara.

Anda boleh melakukan pra-tempahan melalui pautan ini.

4 COMMENTS

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.