Utama Teknologi Permainan Half-Life boleh dimuat turun secara percuma di Steam sepanjang hujung minggu ini...

Half-Life boleh dimuat turun secara percuma di Steam sepanjang hujung minggu ini bersempena Sambutan Ulangtahun ke-25

53
0

Valve kini menawarkan permainan pertama keluarannya, Half-Life secara percuma di Steam. Ia ditawarkan bersempena ulangtahun ke-25 permainan berkenaan bagi meraikan kejayaannya sebagai salah satu permainan paling menakjubkan yang pernah dilancarkan. Half-Life pernah merangkul lebih dari 50 Anugerah Permainan Terbaik Tahunan sejak ia dilancarkan pada 1998.

Sesuai dengan statusnya selaku permainan lagenda, selain menawarkan boleh dimuat turun secara percuma dalam tempoh sepanjang hujung minggu ini kepada pengguna akaun Steam, Valve turut menerbitkan sebuah dokumentari khas Half-Life di YouTube.

Dokumentari berdurasi lebih dari satu-jam ini mempersembahkan penubuhan Valve dan pembangunan permainan Half-Life oleh pasukan pembangunannya yang terlibat.

Half-Life juga kini turut disediakan dengan beberapa penambahan baharu bersempena meraikan ulangtahun ke-25. Ini termasuklah sokongan perkakasan yang lebih moden dengan tetapan yang baharu.

Turut disediakan empat peta berbilang pemain baharu dan kulit untuk watak baharu, kandungan-kandungan lama yang dipulihkan semula sepertiĀ cutscene (baharu dan sedia ada) dan intro, serta pelbagai pembaikan ralat.

Selain itu, sokongan Steam Deck untuk Half-Life turut disediakan bagi membolehkan permainan ini boleh dinikmati pada konsol permainan mudah alih keluaran Valve.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Valve.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.