Utama Mobile Aplikasi GrabLive, platform jualan siaran langsung di Grab kini tiba di Malaysia

GrabLive, platform jualan siaran langsung di Grab kini tiba di Malaysia

191
0

GrabLive, platform jualan secara siaran langsung di Grab kini telah diperkenalkan di Malaysia. Fungsi yang masih di peringkat beta ini pertama kali bersiaran secara langsung semalam pada jam 2 dan 4 petang. Sebelum ini, fungsi berkenaan telah diperkenalkan di Thailand dan juga di Vietnam.

Bersempena Hari Raya yang bakal menjelang, Grab kini bekerjasama dengan jenama tempatan yang popular seperti LILIT dan Zalora untuk menganjurkan acara pratonton fesyen “Glam Raya Bersama Grab” di GrabLive.

Selain mempertunjukkan koleksi tema Hari Raya terkini dari jenama berkenaan dan perekanya, penonton juga boleh mendapatkan tips dan panduan fesyen yang terkini. Penonton turut berpeluang mendapatkan tawaran eksklusif, diskaun dan juga hadiah percuma khas.

Untuk mengakses fungsi ini di dalam aplikasi Grab mudah alih anda, anda boleh menatal hingga ke bahagian “Keep Discovering” untuk pergi ke butang GrabLive (BETA). Seterusnya anda perlu memasukkan negara dan juga nombor telefon mudah alih anda. Untuk melengkapkan proses ini, Grab akan menghantar kod verifikasi 6-digit melalui SMS ke nombor berkenaan. Sebaik disahkan, Grab akan melancarkan GrabLive melalui aplikasi pelayar web.

Maklumat lanjut mengenai “Glam Raya Bersama Grab”, layari web rasmi Grab Malaysia.

SUMBERKenyataan Media Grab Malaysia
Artikel sebelum iniProton akan menghasilkan kereta berteknologi tinggi, kenderaan elektrik di Tanjung Malim – CEO Dr Li Chunrong
Artikel seterusnyaCelcom menawarkan dua talian tambahan Pascabayar Mega Family dalam satu harga
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.