Utama Google Google mungkin akan tetapkan keperluan perkakasan bagi Peranti Boleh Lipat yang akan...

Google mungkin akan tetapkan keperluan perkakasan bagi Peranti Boleh Lipat yang akan datang

126
0

Telefon pintar boleh lipat sememangnya amat bergaya apabila digunakan. Walaupun terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk segmen ini, masih terdapat keraguan terhadap kelasakan dan keupayaan untuk penggunaan jangka panjang.

Setakat ini, pengguna hanya menerima jaminan daripada pengeluar berkenaan dan juga keputusan ujian dari pihak ketiga.

Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman menurut Mishaal Rahman, Google dikatakan sedang mengusahakan satu kaedah yang membolehkan jaminan kepada pengguna dapat diberikan. Misalannya telefon pintar boleh lipat yang akan datang mampu bertahan untuk buka-tutup sebanyak sekurang-kurangnya 200,00 kali.

Google juga dikatakan akan mengambil kira peranti yang mempunyai “engsel tork” untuk kekal 80% dari tork asalnya selepas dilipat-dibuka lebih dari 200,000 kali. Selain itu, perisian juga perlu disokong untuk sekurang-kurangnya dua kali naik taraf sistem operasi utama dan tiga tahun sokongan kemaskini keselamatan.

Google setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.