Utama Apple Google secara senyap-senyap melancarkan aplikasi ‘Switch to Android’ untuk pengguna iPhone

Google secara senyap-senyap melancarkan aplikasi ‘Switch to Android’ untuk pengguna iPhone

596
0

Tahun lalu, Google dilapor sedang membangunkan aplikasi ‘Switch to Android’ untuk pengguna iOS. Salah satu tujuan aplikasi tersebut adalah bagi memudahkan pengguna iPhone berpindah ke peranti Android.

Isnin baru-baru ini, aplikasi ‘Switch to Android’ secara rasminya telah hadir ke beberapa pasaran di seluruh dunia. Aplikasi ini memudahkan pengguna memindahkan maklumat kenalan, kalendar, foto-foto, dan juga video ke telefon Android baharu masing-masing.

Aplikasi ini juga menunjukkan pengguna kaedah mematikan aplikasi Apple iMessage bagi membolehkan pemindahan mesej berteks dipindahkan ke peranti baharu. Pengguna juga ditunjukkan cara menyambungkan ke iCloud untuk memindahkan pustaka foto dan video masing-masing ke Android.

Menurut laporan oleh 9to5Google, aplikasi ini boleh melaksanakan pemindahan secara nirwayar. Bagaimanapun, buat masa ini aplikasi ini tidak dapat memindahkan aplikasi dari iOS ke Android atas faktor keserasian antara platform.

Dalam pada masa yang sama, 9to5Google turut memaklumkan aplikasi ini telah dinyah-senarai (delisted) di dalam App Store. Justeru, anda tidak dapat mencarinya di dalam gedung aplikasi berkenaan. Dilaporkan, aplikasi ini boleh diakses menerusi pautan ini.

Berikut adalah video sepintas lalu mengenai aplikasi berkenaan yang diterangkan oleh 9to5Google.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.