Utama Google Google Search kembali meletakkan Widget Tukaran Mata Wang Ringgit untuk Pengguna Malaysia

Google Search kembali meletakkan Widget Tukaran Mata Wang Ringgit untuk Pengguna Malaysia

72
0

Google kini kembali meletakkan widget menukarkan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang lain menerusi halaman enjin cariannya. Widget berkenaan telah pun diketemukan sejak semalam tanpa sebarang pengumuman besar-besaran.

Ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan langkah Google yang menggantikan domain tempatan dengan domain global.

Sebelum ini Google telah mengalih keluar widget penukar mata wang untuk pengguna Malaysia pada Mac 2024. Ia berikutan paparan kadar tukaran mata wang yang kurang tepat di antara Dollar AS (US$) dengan ringgit hingga mendapat respons daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sejak dariapda itu, pengguna tempatan menggunakan alatan alternatif lain untuk menukarkan ringgit dengan mata wang lain seperti Xe, Revolut dan Wise.

Kini dengan kembalinya widget tersebut, pengguna di Malaysia boleh memasukkan kata kunci berkaitan penukaran mata wang di dalam kotak carian.

Oleh kerana tiada pengumuman rasmi daripada Google, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penyelesaian dengan BNM atau isu penukaran RM/USD pada widget tersebut telah dibaiki.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.