Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Samsung Galaxy Watch 7 dijangka hadir dengan Muka Jam lebih besar, Rekaan...

Samsung Galaxy Watch 7 dijangka hadir dengan Muka Jam lebih besar, Rekaan lebih lasak

257
0

Samsung Galaxy Watch 7 dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini. Maklumat mengenai peranti boleh pakai yang berkemungkinan akan hadir dengan model Ultra atau Pro kelak masih lagi agak terhad buat masa ini. Pun begitu, beberapa info menarik mengenainya dilaporkan telah tertiris.

Menurut Korea Economic Daily, jam tangan baharu ini mungkin akan dilengkapkan dengan cipset 3nm baharu, iaitu Exynos W1000. Cip ini dikatakan mampu menawarkan prestasi 20% lebih pantas dan peningkatan kecekapan kuasa. Exynos W1000 yang dibina dengan nod proses pembuatan 3nm generasi kedua Samsung ini berkemungkinan mampu mengatasi Apple Watch Series 9 yang dikuasakan oleh cip 5nm.

Tiada ura-ura yang menyebut sama ada cip baharu ini akan digunakan pada ketiga-tiga model Galaxy Watch 7 atau hanya pada versi Pro atau Ultra. Tahun ini dijangkakan bakal hadir Galaxy Watch 7 standard, Galaxy Watch 7 Pro (kemungkinan menggantikan model Classic), dan versi paling mercu, Galaxy Watch 7 Ultra.

Samsung dikhabarkan akan mengadakan acara Galaxy Unpacked seterusnya pada 10 Julai 2024 di Paris. Selain mengumumkan Galaxy Watch baharu, acara tersebut juga dijangka akan melancarkan telefon pintar boleh lipat generasi berikutnya, Galaxy Z Flip 6 dan Galaxy Z Fold 6.

Galaxy Watch yang akan datang dijangka mempunyai paparan yang lebih besar dan reka bentuk yang lebih lasak. Selain ciri-ciri kesihatan dan kecergasan biasa yang terdapat pada peranti boleh pakai, seperti aplikasi ECG dan penjejakan kitaran haid. Juga diramalkan, sekurang-kurangnya salah satu daripada model jam tangan pintar keluaran Samsung berkenaan mungkin akan menyertakan keupayaan pemantauan gula dalam darah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.