Home Mobile Android Google rancang untuk halang telefon kurang dari 2GB RAM dari menggunakan Android...

Google rancang untuk halang telefon kurang dari 2GB RAM dari menggunakan Android 11

6
0

Google dilaporkan sedang merancang untuk menetapkan piawaian baru bagi menentukan peranti-peranti yang boleh menggunakan Android 11 atau Android Go.

Berdasarkan salinan dokumen Panduan Konfigurasi Peranti untuk Android 11 yang tertiris, mana-mana peranti yang mempunyai RAM kurang dari 2GB tidak boleh dipasangkan Android 11. Sebaliknya, peranti berkenaan hanya boleh menggunakan sistem operasi Android Go sahaja.

Maklumat dari dokumen yang tertiris berkenaan telah dilaporkan oleh laman XDA. Selain itu, Google juga dijangka membuat ketetapan piawaian tersebut menerusi pengumuman rasmi pelancaran Android 11 bersama-sama peranti Android terbaru pada suku keempat 2020.

Google memutuskan untuk menetapkan peranti yang kurang dari 2GB RAM hanya boleh menggunakan Android Go bertujuan bagi memberikan kelancaran penggunaan. Dokumen tersebut juga turut menyatakan peranti yang mempunyai RAM kurang dari 512MB tidak lagi layak untuk menggunakan Google Mobile Services.

Android Go dilancarkan oleh Google pada tahun 2017 sebagai versi ringan untuk sistem operasi Android. Turut dimuatkan di dalam Android Go adalah aplikasi-aplikasi natif seperti GMail, Maps, Youtube dan sebagainya dengan menggunakan sumber perkakasan yang kurang tanpa menjejaskan kefungsian asalnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.