Home Komputer Sistem Operasi Kemaskini terbaru Windows 10 baiki ralat pada Excel, File Explorer dan sambungan...

Kemaskini terbaru Windows 10 baiki ralat pada Excel, File Explorer dan sambungan Wi-Fi

6
0

Microsoft telah menerbitkan kemaskini pilihan terbaru untuk Windows 10 versi 1809, 1903 dan 1909 yang menyediakan pembaikan pada ralat-ralat yang disebabkan kemaskini yang terdahulu.

Ini merupakan kemaskini pertama sejak Microsoft menyatakan akan menangguhkan terbitan kemaskini bukan-keselamatan pilihan pada Mac lalu berikutan penularan wabak COVID-19.

Ketiga-tiga versi Windows 10 ini telah menerima kemaskini pembaikan bagi menyelesaikan masalah Magnifier di dalam Microsoft Excel tidak berfungsi.

Untuk versi 1903 dan 1909 pula, Microsoft menawarkan pembaikan pada masalah File Explorer tergendala ketika pengguna melayari direktori imej-imej dan jenis-jenis fail lain. Selain itu, pengguna juga kini boleh memadam terma carian terdahulu di dalam kotak carian.

Masalah sekatan internet apabila peranti Windows 10 menggunakan modem wireless wide area network (WWAN) LTE juga turut diberikan pembaikannya melalui kemaskini untuk versi 1903 dan 1909.

Malah, masalah lain seperti tidak dapat mengesan kamera Windows Hello, tidak boleh menggunakan fungsi keselamatan keluarga, dan tidak menghantar pelaporan bagi peranti ARM64 juga disertakan pembaikannya pada kemaskini ini.

Bagi memuat turun kemaskini yang terbaru, anda boleh pergi ke Settings > Update & Security > Windows Update. Seterusnya pada Optional updates available, anda akan dapat melihat pautan untuk memuat turun dan memasang kemaskini yang ditawarkan.

Kemaskini besar (major) Windows 10 terbaru, kemaskini May 2020 menambah fungsi baru pada Cortana, carian, virtual desktop dan banyak lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.