Home Komputer ASUS ASUS bekerjasama dengan Bandai lancarkan router siri Wi-Fi 6 RT-AX bertemakan Gundam

ASUS bekerjasama dengan Bandai lancarkan router siri Wi-Fi 6 RT-AX bertemakan Gundam

5
0

ASUS telah menjalinkan usahasama dengan pengeluar permainan dari Jepun, Bandai bagi melancarkan produk baharunya iaitu router Wi-Fi bertemakan Gundam.

Dua model router Wi-Fi 6 berkenaan adalah RT-AX82U dan RT-AX86U, yang mana model RT-AX82U menampilkan rekaan bertemakan Gundam RX-78-2. Manakala router Wi-Fi model RT-AX86U mengetengahkan ciri rekaan bertemakan sut MS-06S Zaku II.

Kedua-dua model router berkenaan masih lagi mengekalkan ciri spesifikasinya dan hanya berbeza dari segi rekaan luarannya mengikut tema. RT-AX82U dan RT-AX86U menyokong piawaian nirwayar ultra-pantas baharu Wi-Fi 6 (802.11ax).

Model router RT-AX82U hadir dengan sokongan sambungan LAN berkelajuan sehingga 2.5Gbps. Selain itu, ianya juga diperindahkan dengan pencahayaan LED RGB yang boleh disesuaikan melalui ASUS Aura Sync. Pencahayaan ini bagaimanapun hanyalah sekadar hiasan dunia semata-mata.

Setakat ini ASUS Malaysia masih lagi belum menyatakan harga dan tarikh kemasukan kedua-dua model router ini ke pasaran tempatan. Ketika pelancarannya di China baru-baru ini, RT-AX82U dan RT-AX86U masing-masing dijual pada harga 299 Yuan (~RM791) dan 1999 Yuan (~RM1218).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.