Utama Google Google melancarkan Gemini Live secara percuma pada Peranti Android

Google melancarkan Gemini Live secara percuma pada Peranti Android

268
0

Minggu lepas Google telah mengumumkan penawaran perkhidmatan Gemini Live secara percuma pada peranti-peranti Android. Akses ke perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan ini pada mulanya hanya ditawarkan kepada pelanggan Gemini Advanced.

Menurut 9to5Google, kebanyakan pengguna telah mula menerima akses ke Gemini Live tanpa perlu melanggan. Pengguna-pengguna Android kini boleh berinteraksi dengan Gemini menerusi ikon berbual di dalam aplikasi untuk akses ke alatan berkuasa AI tersebut dengan cara bersembang.

Sebaik diaktifkan, pengguna boleh berbual dengan Gemini dan boleh menyampuknya ketika ia sedang memberikan respon. Pengguna juga diajukan dengan penerangan cara penggunaan ringkas seperti memilih suara dan juga menguruskan fungsi mikrofon. Pengguna juga boleh menyatakan “stop” untuk menyahaktif mikrofon tersebut jika tidak ingin melakukannya dengan cara biasa menggunakan butang fizikal.

Buat masa ini versi percuma Gemini Live masih lagi diperingkat awal penawarannya pada Android dan tidak memaklumkan ketersediaannya untuk pengguna-pengguna iOS. Penawaran kepada pengguna Android juga dilakukan secara berfasa dan tidak semua pengguna sudah menerima perkhidmatan tersebut pada ketika ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.