Utama Teknologi Gim

Gim

1572
2

Masih lagi dengan cerita balik kampung. Di bandar halaman(hometown) aku, Batu Gajah, telah didapati mengalami perubahan secara fizikal yang dijangka akan mengubah pola petempatan serta kesan terhadap populasi.

Tren ETS oleh KTM berulang-aling Batu Gajah – Kuala Lumpur sebanyak 5 kali sehari bermula pada 11 Ogos tahun ini. Orang Batu Gajah mungkin lebih kerap turun KL lepas ini.

Di tapak pasar minggu bersebelahan dengan pasar awam Batu Gajah pula telah didirikan sebuah bangunan pasaraya hyper. Bukan Tesco tetapi TF. Peniaga-peniaga pasar minggu telah berpindah ke tapak depan perhentian bas Batu Gajah yang ada kedai bundle kat dalam.

Oh ya. Di Batu Gajah ada sebuah gim kat sebelah KFC. Masa aku ronda-ronda tengok gim tu macam ramai orang je. InsyaAllah, balik raya tahun depan kot aku tengok ramai orang Batu Gajah badan ketul-ketul macam Ultimate Warrior.

The Ultimate Warrior

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.