Utama Android Samsung Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 dijangka akan dilancarkan seawal...

Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 dijangka akan dilancarkan seawal Julai ini

431
0
Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 4

Terdapat desas-desus yang mengatakan Samsung mungkin akan melancarkan Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 lebih awal pada tahun ini. Apa yang menariknya, peranti boleh lipat ini dijangka akan diperkenalkan di lokasi baharu, di Korea Selatan.

Menurut sumber, Samsung diramalkan akan mengadakan acara Unpacked baharu ini sekitar minggu terakhir dalam bulan Julai. Portal berita Sammobile pula menjangkakan Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 mungkin akan diperkenalkan sekitar antara 25 hingga 27 Julai ini.

Sebagai perbandingan, Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4 diumumkan pada 10 Ogos 2022. Manakala Z Fold 3 dan Z Flip 3 pula pada 11 Ogos 2021.

Kebetulan, Bahagian Pengalaman Mudah Alih (Mobile Experience Division) Samsung turut dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan dua peranti boleh lipat baharu sama ada di New York, Amerika Syarikat atau di Busan, Korea Selatan. Cadangan untuk mengadakan acara Samsung Galaxy Unpacked di Busan ini dilihat sebagai usaha menyokong Korea Selatan untuk menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030.

Galaxy Z Flip 5 dijangka akan hadir dengan skrin ‘cover’ yang lebih luas pada ukuran 3.4-inci. Manakala Galaxy Z Fold 5 pula dijangka mengekalkan skrin cover pada ukuran yang sama 6.2-inci sebagaimana pada tiga model terdahulu sebelumnya. Cuma, ia mungkin akan sedikit nipis, rendah dan pipih berikutan bingkainya yang lebih kecil.

Galaxy Watch 6, Galaxy Buds Baharu dan Galaxy Tab S9

Selain Galaxy Z Fold 5, dan Galaxy Z Flip 5, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan peranti boleh pakai baharu, Galaxy Watch 6 dan Galaxy Buds. Turut dijangka diperkenalkan bersama, tablet baharu Samsung siri Galaxy Tab S9 menerusi acara tersebut.

Samsung buat masa ini merupakan pengeluar peranti boleh lipat terbesar di dunia. Saingan di dalam segmen peranti ini kian hangat apabila pengeluar lain seperti OPPO, Huawei, dan HONOR mula memperkenalkan peranti boleh lipat masing-masing di luar pasaran China pada tahun ini. Malahan, Google juga akan melancarkan Pixel Fold sekitar bulan Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.