Utama Telco Celcom Celcom dan Digi lanjutkan Tawaran Akses 5G percuma kepada Pelanggan sehingga 31...

Celcom dan Digi lanjutkan Tawaran Akses 5G percuma kepada Pelanggan sehingga 31 Mei ini

271
0
CelcomDigi Free 5G Booster Extension_BM

Pelanggan Celcom dan Digi kini boleh terus menikmati akses rangkaian 5G yang lebih pantas tanpa sebarang penambahan kos berdasarkan pengumuman baharu yang dikeluarkan oleh pihak CelcomDigi.

Pada asalnya, pelanggan untuk pelan-pelan terpilih perlu membuat bayaran tambahan untuk akses 5G sebanyak RM10 sebulan bermula Mei ini.

Menurut kenyataan oleh CelcomDigi, perlanjutan akses percuma 5G ini selaras dengan hasrat menggalakkan penggunaan rangkaian 5G di Malaysia. Akses rangkaian 5G percuma untuk pelanggan pascabayar dan prabayar akan dilanjutkan dari 30 April sehingga 31 Mei 2023.

Pelanggan Digi Postpaid dan Prepaid perlu membeli pelan 5G Booster berharga RM0 menerusi aplikasi MyDigi. Manakala untuk pelanggan Celcom yang terpilih untuk akses percubaan 5G percuma menerusi pelan Celcom Mega Postpaid, pascabayar Xpad postpaid dan prabayar Xpad juga boleh menikmati akses ke rangkaian 5G percuma berkenaan.

Untuk menikmati rangkaian 5G, anda perlu mempunyai pelan tersedia 5G, telefon dengan sokongan 5G dan juga berada di dalam kawasan liputan 5G Digital Nasional Berhad (DNB). Maklumat lanjut mengenai kaedah mengaktifkan rangkaian 5G boleh dirujuk di laman web rasmi Celcom atau Digi mengikut talian yang anda ambil.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.