Ketersalinghubungan di antara teknologi dengan kehidupan harian kita hari ini kian kuat jalinannya dan lebih menumpukan pada penggunanya. Dunia kini telah membawakan masyarakat ke arah gaya hidup baharu dengan lebih menyeluruh.

Atas sebab itu, Samsung Malaysia kini sedang menawarkan pengalaman yang lebih baik dalam ketersalinghubungan melalui tawaran Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4 bermula dari sekarang hingga 2 Oktober 2022. Anda mungkin boleh menjadi antara 80 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah mingguan The Freestyle yang bernilai RM4,999.

Bawakan The Freestyle ke mana sahaja anda pergi untuk menikmati tontonan berskrin di besar pada bila-bila masa, baik di rumah mahupun di pejabat. Ia mudah dibawa, berkuasa, dan ringan.

Gunakannya untuk membincangkan dokumen dengan rakan, kongsikan pembentangan ketika mesyuarat atau jadikannya sebagai skrin kedua untuk komputer anda.

Jika anda mengadakan perkhemahan bersama rakan-rakan, bawakan ia untuk memancarkan kandungan bagi menghiburkan suasana.

Sistem bunyi terbina dalam 360° padanya juga menjadikan The Freestyle sebuah pakej yang lengkap tanpa memerlukan anda membawa pembesar suara yang lain.

Kongsikan kandungan anda terus dari Galaxy Z Flip 4 atau Galaxy Z Fiold 4 melalui fungsi Mobile Mirroring. Untuk anda yang menggunakan peranti Android pula, anda boleh menggunakan fungsi Tap View untuk memancarkan terus kandungan dari peranti pada mana-mana permukaan.

Samsung Promo The Freestyle Z Flip 4 Fold 4

Jadi, dapatkan segera tawaran hebat ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut untuk menyertainya:

  1. Selepas anda membuat pembelian Galaxy Z Flip 4 atau Fold 4, hantarkan penyertaan anda melalui Samsung Redemption Management System di www.samsung.com/my/offer/redemption/
  2. Daftar atau log masuk ke dalam Samsung Account
  3. Muat naik resit atau invois pembelian anda dan juga pelekat IMEI peranti anda atau nota penghantaran.

Makluamt lanjut mengenai tawaran Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4, kunjungi: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/launch/galaxy-z-fold4-flip4/#win-freestyle

Tinggalkan komentar