Utama PRNewswire Selepas 2 tahun mengoptimumkan pangkalan data atas taliannya, Artmarket.com menyiarkan pertumbuhan perolehan...

Selepas 2 tahun mengoptimumkan pangkalan data atas taliannya, Artmarket.com menyiarkan pertumbuhan perolehan yang besar bagi suku ketiga (S3) 2023: meningkat sebanyak 75%

237
0
PARIS, 7 November 2023 /PRNewswire/ — Artprice by Artmarket kini memperoleh hasil daripada dua tahun pembangunan yang membolehkan baik pulih sepenuhnya bagi pangkalan data atas taliannya, yang membawa kepada peningkatan sebanyak 75% dalam perolehannya untuk suku ketiga tahun 2023.

Selepas 2 tahun mengoptimumkan pangkalan data atas taliannya, Artmarket.com menyiarkan pertumbuhan perolehan yang besar bagi suku ketiga (S3) 2023: meningkat sebanyak 75%

thierry Ehrmann, Pengasas Artprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Artmarket: “Pada Januari 2023, Artprice by Artmarket menggunakan versi atas talian baharunya, iaitu versi yang paling berjaya dalam sejarahnya, sebagai tindak balas kepada tekanan yang diberikan oleh pelanggan dari seluruh dunia. Akibatnya, perolehan kami untuk suku ke-3 tahun 2023 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 75% berbanding tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya. Dalam era “semua-digital” masa kini, peningkatan ini adalah ganjaran yang sempurna ke atas kerja hebat yang dijalankan oleh pasukan kami“.

Pelancaran versi atas talian baharu kami adalah projek utama yang melibatkan semua pangkalan data dan perkhidmatan Artprice, dan ia mengambil masa dua tahun untuk dirancang dan dibangunkan (erlarutan disebabkan oleh krisis Covid-19).

Selepas memanggil semua tender yang ada, Artprice by Artmarket memilih syarikat Vahumana dari TRSb Group dan pasukannya yang terdiri daripada perunding luar peringkat tinggi yang sangat berbakat bagi melakukan audit dan pembangunan baik pulih menyeluruh untuk Artprice.com. Keseluruhan projek ini telah dijalankan dengan pendekatan ‘berpusatkan pengguna’ yang mengutamakan intuitiviti pengalaman pengguna (UX) serta mengoptimumkan kecairan dan ergonomik antara muka pengguna (UI).

Mulai awal September 2023, versi dalam talian yang terakhir bagi Artprice.com by Artmarket, Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni selama 25 tahun, telah menjadi penanda aras Pasaran Seni dari segi pengalaman pelanggan dan ergonomik.

Selepas pelancaran yang berjaya dengan cemerlang ini, data awal kami menunjukkan penerimaan Artprice.com by Artmarket baharu yang sangat baik dalam kalangan pelanggan sedia ada dan yang baharu serta peningkatan besar-besaran sebanyak 441% dari segi trafik dalam talian (log aktiviti) pada purata pergerakan trafik 50MM. Dalam jangka masa panjang, kami boleh menjangkakan pertumbuhan perolehan yang ketara (disebabkan oleh trafik yang lebih tinggi) dan ini telah pun disahkan oleh angka bagi S3 2023 kami yang menunjukkan peningkatan 75% berbanding S3 2022.

Kehadiran dalam talian baharu kami yang intuitif dan mesra pengguna, dengan aksesnya yang mudah, telah menyatukan semua bank data dengan nilai tambah tinggi yang dibina oleh Artprice.com, anak syarikatnya dan pelbagai jabatan miliknya, sekali gus membolehkan akses mudah kepada maklumat yang paling relevan dan lengkap di pasaran seni. Ini telah membawa kepada peningkatan yang sangat ketara dalam bilangan (dan tempoh) langganan tahunan bagi akaun profesional & mewah, dengan jelas mengesahkan keyakinan kukuh pelanggan terhadap Artprice.

Kami telah melaksanakan usaha yang jelas untuk meningkatkan pengalaman mudah alih pengguna kami dengan melaksanakan reka bentuk web responsif (RWD) untuk keseluruhan pangkalan data Artprice. Pendekatan ini memastikan pengalaman yang lancar tanpa menggunakan penyelesaian ‘Aplikasi’ yang terhad. Tidak seperti aplikasi mudah alih yang sering memerlukan kemas kini dan pembaikan yang kerap, penyelesaian RWD kami memberikan kekayaan penuh pengalaman desktop/komputer riba.

Maklum balas daripada pelanggan dan ahli adalah sebulat suara: “Laman Artprice yang baharu adalah lebih mudah untuk digunakan dan membolehkan untuk menavigasi kandungan yang kaya dan pelbagai.”

Kini para pelanggan dan pengguna kami menemui maklumat yang mereka tidak pernah tahu akan kewujudannya. Malah ada yang beranggapan bahawa Artprice semestinya telah mengambil alih beberapa syarikat baharu sehingga telah banyak berubah… Bagi rakan kongsi kewangan dan pemegang sahamnya, versi ini adalah “suatu perubahan” yang sebenar.

Bar carian baharu tersebut yang diletakkan di bahagian tengah dan bersifat intuitif menawarkan akses segera kepada struktur pokok yang lengkap di sekitar subjek carian, yang akhirnya menjana peningkatan dalam masa yang digunakan pada Artprice.com.

Enjin carian kami membuat pautan serta-merta ke pangkalan data Artprice dengan maklumat pasaran seni dari abad ke-4 hingga ke hari ini serta data berkaitan 825,800 artis, 16,448,000 harga dan indeks jualan dan 1,087,500 lot lelongan yang telah diperoleh sejak 12 bulan lepas daripada 7,200 rumah lelongan seluruh dunia.

Artprice by Artmarket menyediakan maklumat Pasar Seni yang paling terperinci dan lengkap serta alat penyelidikan yang paling berguna di dunia untuk mengakses maklumat tersebut, mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni selama 25 tahun.

Bar carian universal tersebut dengan segera mengumpul pelbagai maklumat tentang elemen yang dicari: sama ada artis, biografi, makluman e-mel artis, karya seni pada masa hadapan dan/atau lelongan yang lepas, indeks pasaran seni, anggaran Artpricing®, karya yang tersedia pada Pasar Artprice.com piawai kami, berita pasaran seni dan artikel dalam arkib artikel ArtMarketInsight® kami atau laporan Artprice di Pasar Seni. Ia juga akan segera menyambungkan carian anda ke pangkalan data kami untuk mengekstrak tandatangan dan monogram, katalog raisonnés, data sejarah yang diarkibkan, dsb. yang telah didigitalkan oleh Artprice daripada arkib pasaran seni bersejarah utama yang diperoleh di seluruh dunia sejak 25 tahun yang lalu (rujuk Dokumen pendaftaran universal (URD) Artmarket.com yang telah difailkan dengan Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan (Financial Market Authority, AMF) Perancis).

Artprice.com by Artmarket menggunakan kecerdasan buatan algoritma dalam AI Intuitive Artmarket® proprietarinya yang membolehkan para pelanggan mengakses pengesyoran yang berkaitan dan diperibadikan berkenaan, artis, karya seni dan jualan lelongan, seterusnya secara automatik meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang pasaran seni.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had kepada koleksi seni digital dan imej berkaitan pasaran seni yang terbesar di dunia berdasarkan koleksi manuskrip dan katalog jualan Artmarket.com yang kini membentuk pustaka fizikal dan digital yang luas yang mengandungi 180 juta foto dan ukiran karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, semuanya diulas oleh ahli sejarawan kami.

Dalam sektor ekonomi yang sangat khusus ini, Artmarket.com setakat ini memiliki jumlah terbesar bagi data pasaran seni objektif dan proprietari (nilai tambah). Arkib dokumentari asal, manuskrip kodeks, buku beranotasi dan katalog lelongan yang diperoleh selama bertahun-tahun merupakan aset utama kerana ia mewakili halangan kemasukan yang hampir tidak dapat ditembusi.

Selain itu, seni bina dalam talian baharu Artpricemenyepadukan ruang komunikasi baharu untuk pengiklan, yang disokong oleh Bahagian Sokongan baharu untuk pengurusan iklan mereka secara autonomi sepenuhnya. Dengan hasil pengiklanan baharu, Artprice by Artmarket menjangkakan akan menggandakan pulangannya pada tahun 2023/2024 berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Walaupun dengan konteks geopolitik dan ekonomi semasa, pasaran seni menunjukkan kesihatan yang dinamik dengan rekod lelongan biasa melonjak naik merentasi semua zaman kesenian di semua negara semasa jualan baru-baru ini. Dengan tiada pembatalan jualan klasik dan/atau prestij terkatalog untuk penghujung tahun 2023 dan 2024, jualan ini menjadi penunjuk utama kepada keadaan pasaran.

Pusat lelongan utama dan pelabur mengetahui sepenuhnya bahawa pasaran seni adalah tempat yang selamat dan pelaburan yang baik, seperti yang digambarkan oleh indeks Artprice100©. Tempoh ketidaktentuan semasa juga mendorong kepada pelaburan baharu dalam pasaran seni.

Peperangan di bumi Eropah, konflik di Timur Tengah, kenaikan kadar faedah yang merungsingkan serta kebimbangan terhadap kemelesetan tidak dapat menjejaskan pasaran seni pada akhir tahun 2023.

Jangan teragak-agak untuk menghubungi Jabatan Ekonometrik (Econometrics Department) kami untuk memenuhi keperluan anda berkenaan statistik dan kajian peribadi: econometrics@artprice.com

Cuba perkhidmatan kami (demo percuma) di: https://www.artprice.com/demo

Langgani perkhidmatan kami di: https://www.artprice.com/subscription

Maklumat dan kajian ekonometrik yang dihasilkan oleh Artmarket.com dipersembahkan secara unik untuk tujuan menganalisis dan memahami realiti bagi pasaran seni secara statistik. Ia sama sekali tidak boleh dianggap sebagai nasihat atau cadangan atau permintaan untuk melabur dalam pasaran seni atau dalam Artmarket.com, yang tersenarai pada Euronext Paris.

Hak Cipta 1987-2023 thierry Ehrmann  www.artprice.comwww.artmarket.com

Tentang Artmarket:

Artmarket.com tersenarai pada Eurolist oleh Euronext Paris, SRD panjang sahaja dan Euroclear: 7478 – Bloomberg: PRC – Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who’s who ©:
https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2023/04/2023_2_Biographie-thierry-Ehrmann_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket ialah sebuah syarikat global dalam Pasaran Seni bersama-sama dengan struktur lain yang antaranya adalah jabatan Artprice, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan penerokaan maklumat pasaran seni masa kini dan masa lalu dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan serta meliputi lebih 825,000 orang seniman.

Artprice by Artmarket, peneraju dunia dalam bidang maklumat mengenai pasaran seni, telah menetapkan sendiri cita-cita melalui Pasaran Piawaian Globalnya (Global Standardized Marketplace) untuk menjadi platform NFT Seni Halus (Fine Art NFT) terkemuka di dunia.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had ke bank imej Pasaran Seni yang terbesar di dunia: mengandungi tidak kurang daripada 180 juta imej digital fotografi atau penghasilan semula karya seni ukiran dari tahun 1700 hingga ke hari ini yang diulas oleh pakar sejarah kesenian.

Artmarket bersama-sama dengan jabatan Artprice mengumpulkan data secara tetap daripada 7,200 buah Rumah Lelongan dan menerbitkan maklumat Pasaran Seni yang penting untuk akhbar-akhbar utama dan agensi media (sebanyak 7,200 penerbitan). Penggunanya yang seramai 7.2 juta (‘log masuk ahli’ dan media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, sebuah rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® yang terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau harga bidaan (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Artikel L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket berserta jabatan Artprice miliknya telah dua kali menerima anugerah label “Syarikat Inovatif ” peringkat Negara oleh Bank Pelaburan Awam (Public Investment Bank, BPI) yang telah menyokong syarikat ini dalam projeknya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Artprice by Artmarket menerbitkan Laporan Pasaran Seni Kontemporari 2023:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2023

Laporan Pasaran Seni Global Artprice by Artmarket, “The Art Market in 2022”, telah diterbitkan pada bulan Mac 2023:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2022

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket beserta jabatan Artprice:
https://serveur.serveur.com/artmarket/press-release/en/

Ikuti semua berita Art Market dalam masa nyata bersama-sama dengan Artmarket dan jabatan Artprice di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 6.4 juta pengikut)

twitter.com/artmarketdotcom 

twitter.com/artpricedotcom 

Terokai alkimia dan dunia Artmarket dan jabatan Artprice di https://www.artprice.com/video yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal “The Abode of Chaos” (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

La Demeure du Chaos / Abode of Chaos
GESAMTKUNSTWERK & SINGULAR ACRHITECTURE
Hasil kerja dwibahasa sulit kini dibuka kepada umum:
https://ftp1.serveur.com/abodeofchaos_singular_architecture.pdf

Hubungi Artmarket.com dan jabatan Artprice – Hubungan: Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1009603/Art_Market_logo.jpg

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.