Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 Ultra mungkin hadir dengan bingkai yang lebih nipis dari...

Samsung Galaxy S23 Ultra mungkin hadir dengan bingkai yang lebih nipis dari sebelumnya

407
0
Samsung Galaxy S23 Ultra Thin Bezels Leaks

Siri Samsung Galaxy S23 sebelum ini dilaporkan mungkin akan akan hadir lebih awal dari jangkaan. Kini menjelang kehadiran rasminya, lebih banyak maklumat mengenai siri Galaxy S berikutnya ini muncul dengan yang paling baharu melibatkan imej pengolokannya.

Didapati di dalam imej tersebut menunjukkan Galaxy S23 Ultra mungkin menampilkan bingkai yang lebih nipis berbanding Galaxy S22 Ultra. Bingkai dari setiap sisinya juga tidak sekata dengan bahagian bawah merupakan yang paling nipis, manakala pada kedua-dua sisinya pula adalah bahagian skrin yang melengkung.

Menurut sumber itu lagi, Galaxy S23 Ultra tidak akan memperkenalkan perubahan rekaan yang besar dari model sebelumnya. Antaranya paparan melengkung dan kamera hadapan yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubangnya.

Dalam pada masa yang sama, beberapa bahagian rekabentuknya turut dilihat masih lagi mengekalkan ciri yang terdapat dari Galaxy S22 Ultra. Ini termasuklah bahagian permukaan hadapan dan belakangnya, bahagian atas dan bawah yang rata, serta kamera-kamera belakang yang tertonjol.

Tidak dapat dipastikan sama ada rekaan ini benar-benar akan digunakan pada Galaxy S23 Ultra kelak. Mengambil kira sambutan baik yang diterima oleh Galaxy S22 Ultra, tidak mustahil ciri rekaan yang sama ini dikekalkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.