Tawaran terbaik dari Samsung pada kebiasaannya terdapat di pasaran Amerika Syarikat. Bagaimanapun, untuk kali ini tawaran terbaik untuk pra-tempahan dan pelbagai diskaun lain kini didapati di Malaysia.

Samsung kini sedang menjalankan mempromosikan Galaxy S22 Bora Purple di Malaysia. Pilihan warna ini diperkenalkan sebelum acara Unpacked 2022 berlangsung dan turut ditampilkan di dalam iklan BTS yang terkini.

Anda kini berpeluang untuk mendapatkan Galaxy S22 Bora Purple 256GB pada harga RM3,699 sebelum 30 September ini bersama-sama Galaxy Buds 2, Silicon Cover dengan Strap, Strap tambahan dengan rekaan Inside Scoop, dan Super Fast Wireless Charger Duo dengan adapter dan kabel.

Berkas yang lebih baik dari tawaran pra-tempahan asal

Galaxy S22 tidak didatangkan dengan palam pengecas atau pengecas nirwayar bersama-sama pembeliannya. Untuk itu, tawaran berkas terkini ini mampu menawarkan anda penjimatan sehingga RM369 melalui adapter dan juga pengecas nirwayarnya.

Galaxy Buds 2 bernilai RM499, manakala Silicon Cover + Inside Scoop Strap pula bernilai RM248. Secara keseluruhannya, pembelian Galaxy S22 Bora Purple 256GB yang bernilai RM3,699 ini turut disertakan bersama-sama aksesori percuma berharga RM1,116.

Aksesori Harga
Galaxy Buds2 (Any Colour) RM499
Silicone Cover denga Strap RM169
Strap Inside Scoop RM79
Wireless Charger Duo RM369

 

Turut disertakan bersama-sama tawaran berkas ini adalah penawaran dalam bentuk perkhidmatan Microsoft OneDrive 100GB secara percuma selama 6 bulan.Galaxy S22 Bora Purple Visual KV

Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S22 Bora Purple 256GB, layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/

Tinggalkan komentar