Utama Komputer Fallout 4 secara tidak sengaja dijual secara percuma di Xbox Store

Fallout 4 secara tidak sengaja dijual secara percuma di Xbox Store

768
0

Entah di mana silapnya, senarai harga permainan video Fallout 4 berserta pas bermusimnya (season pass) telah diletakkan pada harga $0.00 di dalam Xbox One. Ini bermakna, ia boleh diperoleh secara percuma gara-gara kesilapan dalam meletakkan tanda harga yang betul.

Menurut seorang penulis dari laman web permainan video Kotaku, beliau pada mulanya menyangkakan harga $0.00 tersebut hanyalah sekadar kesilapan pada paparan muka hadapan jualan permainan video berkenaan sahaja.

Namun, sebaliknya harga $0.00 berkenaan kekal sehingga proses transaksi pembelian permainan tersebut selesai dan kandungan permainan berkenaan telah pun berjaya memasuki ke pustaka (library) permainan Xbox One beliau.

Tak pasal-pasal dapat game Fallout 4 percuma untuk konsol Xbox One.

Kesilapan dalam penyenaraian harga berkenaan turut melibatkan pembelian bagi Kandungan Boleh-Muat Turun (Downloadable Content, DLC) Fallout 4 yang lain.Fallout 4 DLC 0-00

Walaubagaimanapun, tinjauan yang dilakukan oleh saya sendiri sebentar tadi ke laman jualan Xbox One mendapati senarai harga berkenaan telah pun diperbetulkan semula.

Cis. Silap sebab lambat sikit je tadi. Kalau awal-awal tau ni, dapat jugak merasa main game free. Hehehe

-Imej-imej diperoleh dari Kotaku

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.