Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari esok, 13 April 2021, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan penawaran panggilan percuma oleh semua syarikat telekomunikasi.
Semua panggilan ke mana-mana rangkaian di dalam negara tidak akan dikenakan sebarang caj dari 10 malam 12 Mei 2021, sehingga 10 pagi 13 Mei 2021.
Antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan panggilan percuma ini adalah Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.
[KENYATAAN MEDIA]
Syarikat telekomunikasi sedia kemudahan panggilan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri
YB Dato Saifuddin Abdullah
Menteri Komunikasi dan Multimedia12 Mei 2021 pic.twitter.com/l0NTKSKRRc
— KKMM (@kkmm_gov) May 12, 2021
Penawaran ini diharapkan dapat sedikit sebanyak mengubat kerinduan perantau-perantau yang tidak dapat pulang ke desa kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).