Utama Mobile Antutu dedahkan senarai 10 Telefon Pintar terpantas untuk Mei 2016

Antutu dedahkan senarai 10 Telefon Pintar terpantas untuk Mei 2016

843
0

Antutu mengumumkan carta 10 telefon pintar terbaik bagi bulan Mei 2016 berdasarkan rekod-rekod yang telah dikumpulkan oleh perisian penanda aras (benchmark) mereka. Menariknya di dalam carta berkenaan, telefon pintar yang menduduki tempat tiga teratas berkenaan bukanlah jenama telefon pintar yang umum maklum tentang keupayaannya.

Mendahului di tempat teratas adalah Vivo Xplay 5 Elite dengan mencatatkan markah sebanyak 138,706. dikuti dengan LeEco Max 2 di tempat kedua dengan catatan 138,026 markah. Manakala untuk tempat ketiga pula, dihuni oleh Lenovo’s ZUK Z2 Pro dengan markah purata 136,853.

Ketiga-tiga telefon yang dikeluarkan oleh syarikat dari China ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 820 processor dan RAM 6GB. Selain itu, Xiaomi Mi 5 yang menghuni kedudukan di tempat keempat turut menggunakan perkakasan yang sama.

Xiaomi Mi5
Xiaomi Mi5

Model telefon pintar di antara yang paling popular di Malaysia, Samsung Galaxy S7 Edge, menghuni di tangga kelima walaupun ia dilengkapi dengan perkakasan yang berkuasa tinggi. Barangkali, prestasinya terkesan akibat kefungsiaannya yang unik seperti paparan berbucu hingga mengurangkan markah keseluruhan prestasinya untuk tugasan-tugasan lain.

Kedua-dua peranti Apple, iPhone 6S dan iPhone SE, pula masing-masing menduduki di tempat keenam dan ketujuh. Bagaimanapun, adalah tidak adil untuk membuat perbandingan apabila kita mengambil kira dari segi faktor penggunaan perkakasan dan perisian yang sangat berbeza pada peranti Apple ini dengan produk-produk Android lain di dalam senarai ini.

Senarai yang dibuat oleh Antutu ini merangkumi jumlah purata keseluruhan dari 2,000 buah peranti bagi setiap model. Hanya peranti yang menjalani pengujian penanda aras Antutu 6.0 sahaja yang layak untuk dimasukkan ke dalam senarai ini. Tempoh pengujian dan pengumpulan data bagi senarai ini telah dilangsungkan dari 1 hingga 31 Mei 2016.

Sumber berita diperoleh dari Antutu

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.