Utama Mobile Aplikasi Facebook OS dilapor sedang dibangunkan, mungkin bakal menggantikan Android di masa depan

Facebook OS dilapor sedang dibangunkan, mungkin bakal menggantikan Android di masa depan

633
0

Facebook tidak berapa lama lagi mungkin akan memperkenalkan sistem operasi keluarannya sendiri. Namun, perinciannya masih lagi belum didedahkan sepenuhnya sama ada ianya dikhususkan pada peranti mudah alih sahaja atau platformnya boleh dioperasikan pada pelbagai peranti.

Ketika ini, Facebook bergantung kepada Android dan iOS untuk membolehkan para penggunanya berinteraksi melalui aplikasi media sosialnya.

Menurut satu sumber yang dipetik dari laman The Information, Facebook OS adalah berlainan dengan aplikasi Facebook sedia ada. Ianya dilaporkan akan dibangunkan dari akar umbi dan turut dilaporkan Facebook telah memohon untuk mendapatkan khidmat Mark Lukovsky, pengasas bersama Microsoft Windows NT.

Langkah menghasilkan sistem operasi oleh syarikat media sosial ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Ianya adalah salah satu usaha Facebook supaya terus kekal relevan di masa akan datang di kalangan pengguna-pengguna yang kian berubah demografinya.

Sumber berita diperoleh dari The Information

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.