Utama Mobile iOS Facebook untuk iOS tambah sokongan 3D Touch

Facebook untuk iOS tambah sokongan 3D Touch

939
0

Facebook melalui kemaskini terbarunya telah menambah fungsi 3D Touch untuk membenarkan para penggunanya untuk menulis pos, memuat naik foto/video mahupun merakam hanya melalui butang ikon aplikasinya pada peranti iOS. Apple baru-baru ini telah menambah sokongan 3D Touch untuk mana-mana aplikasi di dalam iPhone yang terbaru.

Sungguhpun sokongan ini kini disediakan untuk iPhone baru, namun para pembangun aplikasi masih lagi perlu melakukan sesuatu pada aplikasi masing-masing untuk mengimplementasikan penggunaan sokongan 3D Touch. Oleh itu, Facebook merupakan diantara pembangun yang menyahut seruan penggunaan sokongan tersebut.

Seabgaimana yang dilaporkan oleh laman 9to5, perubahan ini tidak dimaklumkan pada kenyataan kemaskini aplikasi berkenaan tetapi Facebook dengan 3D Touch kini boleh digunakan pada iPhone 6S.3D Touch kat Facebook

Bagi pengguna yang memiliki iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, anda boleh menekan butang aplikasi media sosial berkenaan untuk mengeluarkan menu Quick Action. Dari situ, anda boleh mengemaskini status anda melalui pautan, lokasi check in atau apa sahaja yang berkaitan dengan kemaskini status. Selain itu, anda juga boleh mengambil foto baru atau memuat naik foto yang sedia ada di dalam peranti anda.

Apple pada bulan September lalu melancarkan iPhone generasi terkini dengan sokongan 3D Touch. Paparan berkenaan menyokong titik tekanan pelbagai (multiple pressure points) yang bertujuan memberikan pengguna pengalaman penggunaan iPhone yang lebih menarik.

-Sumber berita diperoleh dari 9to5

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.