AMD mencatatkan kerugian buat kali keempat suku tahunan berturut-turut sebanyak USD 197 juta (bersamaan RM824 juta) yang menjadikan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak USD 557 juta (RM 2.3 billion) sepanjang tempoh sembilan bulan tahun 2015 ini.
Syarikat pengeluar pemproses mikro ini sedang mengalami saingan sengit dari pengeluar lain terutamanya Intel dan Nvidia. Keadaan diburukkan lagi dengan pengumuman pada hari Rabu apabila Phil Rogers telah meninggalkan AMD untuk menyertai Nvidia sebagai “Compute Server Architect.”
Dalam pengumuman pendapatan tersebut, AMD turut memaklumkan untuk menjalinkan usaha sama dengan Nantong Fujitsu Microelectronics untuk memulakan projek berkaitan pemasangan dan pengujian. Syarikat dari China berkenaan telah pun membeli 85 peratus saham di dua fasilitinya yang terletak di Pulau Pinang dan China. Perjanjian usaha sama ini bakal membawakan pulangan kepada AMD sekitar USD 371 juta.
Perjanjian usaha sama ini merupakan salah satu usaha oleh AMD untuk mengurangkan margin kerugian yang telah dialaminya. Terdahulu, syarikat pengeluar pemprosesan mikro yang sedang mengalami kerugian ini turut mengumumkan pengurangan 5 peratus tenaga kerjanya di seluruh dunia.
Masa depan AMD dilihat suram apabila mengambil kira kerugian USD 8 billion yang telah dicatatkannya sepanjang 17 tahun tanpa sebarang usaha pemulihan yang kukuh dijalankan. Tidak salah rasanya jika menganggap syarikat pengeluar pemprosesan mikro yang pernah menjadi seteru utama Intel satu ketika dahulu ini bakal menuju ke pengakirannya.
-Sumber berita diperoleh dari Ars Technica
Dah x ramai yg pakai AMD sejak ada intel n apple.