Isi Kandungan
Kebanyakan laptop menjadi cepat panas apabila sistem pengudaraannya terhalang. Apabila ini berlaku, perkakasan di dalamnya seperti cakera keras akan lekas panas dan rosak. Berikut adalah beberapa panduan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah laptop cepat panas.
Menjungkitkan
Jungkitkan laptop anda dengan meletakkan buku atau sebarang objek yang boleh dijadikan alas di bawah terutamanya di bahagian bateri apabila anda menggunakannya di atas meja. Kecondongan ini membenarkan pengaliran udara lebih baik di bawahnya dan seterusnya boleh menurunkan sedikit suhu di sekitarnya. Cuma, anda perlu pastikan buku yang dijadikan sebagai alas itu tidak menutup corong aliran udara laptop anda.
Jika anda mendapati tiada buku yang sesuai untuk dijadikan sebagai alas, anda mungkin boleh menggunakan objek yang permukaannya berlekuk-lekuk seperti kotak bekas telur sebagai alternatif.
Memastikan ianya kekal sejuk
Alas yang terbaik untuk menghindarkan laptop anda dari terlalu cepat kepanasan adalah menggunakan alas penyejukan (cooling mat). Namun, untuk mendapatkannya di pasaran Malaysia adalah agak sukar. Anda mungkin boleh mencuba mendapatkan secara online melalui eBay.
Oleh itu, seperkara yang anda harus ingat dalam menggunakan laptop adalah, gunakannya pada permukaan keras dan hindarkan dari menggunakannya di atas permukaan yang lembut.
Tabiat menggunakan laptop di atas tilam atau sofa bukanlah sesuatu yang bagus. Ia boleh menyebabkan corong udara pada laptop terhalang kerana kebiasaannya ia mudah terbenam apabila diletakkan di atas permukaan yang lembut.
Menggunakannya di atas permukaan lembut juga akan menyukarkan aliran udara. Malah, pada sesetengah kes ia boleh menyebabkan laptop menjadi terlalu cepat panas hingga menyebabkan kebakaran.
Guna di tempat yang sejuk
Bagi anda yang menggunakan di ruangan yang berhawa dingin, masalah lampau panas mungkin mudah diatasi. Namun, dengan keadaan cuaca di Malaysia serta kebanyakan isi rumah yang tidak mempunyai pendingin hawa, adalah amat sukar untuk mengekalkan laptop dalam keadaan yang sejuk. Alternatif duduk di depan peti sejuk dengan pintu terbuka bukanlah idea yang bijak.
Sekarang musim hujan, laptop dapat berkongsi sedikit kedinginan…
sudah terlambat tahu info ni 🙁 hehe laptop sudah pun selamat.. mungkin sebab selalu main lptop atas katil buat kerja duduk lantai kemudian letak laptop atas sofa.. mmg takde tempat lain permukaan lembut je port laptop grrrr
Setakat ni guna kipas bawah lappy jelah.. mudah2an tak panas. Setakat ni lama juga dah.. harap2 ok lah..
Aku memang dari dulu lg sentiasa pakai laptop cooling fan. Tu je cara aku taknak bg laptop jd panas.
hahaha.. teknik no. 1 tu mmg aku selalu buat. lagi 1, kena rajin buka cuci belakang laptop.. kalau dah lama x buka cuci, nanti banyak habuk terkumpul kat lubang angin n kipas tu..
ya..saya biasa guna kipas sahaja..dapatlah kurangkan darjah kepanasan..nasib baik saya bukan jenis kaki game.