Utama Bola Sepak EPL dijangka akan dimulakan semula pertengahan Jun ini

EPL dijangka akan dimulakan semula pertengahan Jun ini

620
0

Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan telah mendapat persetujuan dari pemegang-pemegang sahamnya untuk memulakan semula liga.

Tarikh mula semula liga pada 17 Jun ini dipersetujui selepas mendapat ketetapan garis panduan keselematan. Seluruh perlawanan akan berlangsung secara tertutup tanpa penyokong.

Para pemegang saham juga telah meluluskan seluruh perlawanan akan ditayangkan secara langsung di UK melalui rakan penyiaran liga. Antara rakan penyiaran EPL di UK termasuklah Sky Sports, BT Sport, BBC Sport dan Amazon Prime.

Mengulas kenyataan lanjut mengenainya, Ketua Pegawai Eksekutuif EPL, Encik Richard Masters memaklumkan;

“Today we have provisionally agreed to resume the Premier League on Wednesday 17 June. But this date cannot be confirmed until we have met all the safety requirements needed, as the health and welfare of all participants and supporters is our priority.”

Beliau turut menyatakan kehadiran penyokong ke stadium mungkin akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian situasi semasa dan pandangan dari pelbagai pihak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.