Utama Mobile Android Samsung Galaxy A31 kini di Malaysia; Berharga RM1,099

Samsung Galaxy A31 kini di Malaysia; Berharga RM1,099

606
0

Mac lalu Samsung telah mengumumkan Galaxy A31, namun tidak menyatakan bilakah telefon pintar ini akan hadir ke pasaran tempatan.

Bagaimanapun, pengedar tempatan, DirectD telah mula menjual salah satu variasi telefon pintar berkenaan.

Samsung Galaxy A31 hadir dengan paparan Super AMOLED Full HD+ 6.4-inci. Ianya juga didatangkan dengan pengimbas cap jari terbina dalam paparan, sesuatu yang agak sukar diketemukan pada telefon pintar kategori ini.

Di dalamnya terdapat cipset MediaTek Helio P65, bersama-sama bateri berkapasiti 5000mAh battery dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Untuk kameranya pula, Samsung Galaxy A31 hadir dengan kombo kamera lensa utama 48MP + lensa bersudut luas 8MP wide-angle + lensa berkedalaman 5MP + lensa makro 5MP. Manakala kamera hadapannya pula menyediakan sebuah lensa 20MP.

Sungguhpun hadir dengan pelbagai pilihan konfigurasi RAM dan storan dalaman sewaktu pelancarannya, DirectD hanya menawarkan satu pilihan sahaja buat masa ini. Pilihan konfigurasi yang ada iaitu 6GB + 128GB dijual pada harga RM1,099. Buat masa ini, DirectD turut menawarkan beberapa cenderahati percuma bagi setiap pembelian Samsung Galaxy A31.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.