Ketua Pegawia Eksekutif AMD, Dr. Lisa Su telah mengumumkan akan membawakan senibina grafik AMD RDNA 2 ke cipset Samsung Exynos pada tahun ini. Beliau berkata demikian di dalam acara Computex 2021.

Bakal membuat kemunculan sulungnya di dalam cipset mudah alih, grafik tersuai AMD RDNA 2 mampu membuatkan cipset Exynos berupaya melakukan ray-tracing dan variable rate shading.

Dijangkakan, Exynos 2200 akan menjadi produk pertama yang menggunakan senibina grafik dari AMD ini. Cipset berkenaan juga dikatakan akan digunaikan untuk laptop, tablet dan juga telefon pintar pada tahun ini.

Samsung Exynos 2200 dengan grafik AMD ini juga dikatakan mampu menyaingi cipset Apple M1 dan Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 2.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.