Utama Perkakasan Intel Intel perluaskan siri Tiger Lake Generasi Ke-11 dengan dua CPU U-Series baharu

Intel perluaskan siri Tiger Lake Generasi Ke-11 dengan dua CPU U-Series baharu

468
0

Intel telah mengumumkan akan menambah dua lagi CPU baharu untuk siri Tiger Lake Generasi Ke-11 menerusi ucaptama Computex 2021. Model CPU baharu ini merupakan sebahagian dari siri CPU mudah alih Intel U-Series.

Secara ringkasnya, CPU baharu ini Core i7-1195G7 dan Core i5-1155G7. Seperti CPU Generasi Ke-11 lain, kedua-dua pemprosesan U-Series ini berasaskan acuan litografi baharu Intel 10nm SuperFin. Ianya turut didatangkan dengan grafik bersepadu Xe-LP yang mempunyai sehingga 96EU.

Saiz cache CPU keluaran baharu ini mempunyai Intel Smart Memory 12MB dan 8 MB masing-masing untuk Core i7-1195G7 dan Core i5-1155G7.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua Core i7-1195G7 dan Core i5-1155G7 mempunyai tatasusunan 4-teras, 8-bebenang dan mempunyai julat kuasa pengoperasian antara 12W dan 28W.

Apa yang menariknya, Core i7-1195G7 mampu mencapai lewahjam Turbo maksimum sehingga 5GHz untuk satu teras dan untuk kesemua teras secara serentak pula, hadnya mampu mencapai 4.6GHz. Kedua-dua model CPU baharu ini juga didatangkan dengan teknologi nirwayar Intel Wi-Fi 6E.

Intel menjangkakan laptop-laptop yang menggunakan CPU-CPU ini akan hadir menemui pengguna dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.