Utama Mobile Aplikasi Huawei melancarkan Kedai Rasminya di TnG eWallet

Huawei melancarkan Kedai Rasminya di TnG eWallet

241
0

Huawei telah mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Touch ‘n Go eWallet dengan mewujudkan kedai dalam talian khususnya di dalam aplikasi berkenaan. Dilancarkan pada hari ini, pengguna e-wallet boleh membuat pembelian produk-produk Huawei secara terus menerusi aplikasi berkenaan disamping menerima maklumat terkini berkaitan promosi dan produk baharu.

“Kami teruja untuk membawakan kaedah pembelian baharu ini dan diharapkan dapat memberikan impak positif dalam pengalaman membeli belah para pelanggan,” ujar Victor Xu Jin Long, Pengarah Huawei Malaysia. Bagi meraikan pembukaan kedai tersebut di TnG eWallet, Huawei turut menawarkan hadiah percuma bagi setiap pembelian.

Huawei sedang menawarkan Huawei Band 8 bagi pesanan pertama yang dibuat di sepanjang tempoh 6 hingga 12 Ogos 2024 dengan pembelian minimum RM200. Bermula dari 12 sehingga 19 Ogos 2024 ini pula, 50 pesanan pertama dan berjumlah lebih dari RM200 akan menerima Huawei FreeBuds SE 2 secara percuma.

Seterusnya, dari 20 sehingga 26 Ogos 2024, Huawei turut memberikan pakej hadiah bernilai RM89 kepada 100 pesanan pertama. Akhir sekali, pakej hadiah yang sama juga ditawarkan kepada 60 pesanan pertama bermula dari 27 Ogos sehingga 2 September 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.