Realme Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar pertamanya untuk tahun 2020 iaitu Realme 5i. Telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset peringkat pertengahan popular, Qualcomm Snapdragon 665 AIE.
Hadir dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB sebagai konfigurasi standard, telefon pintar Realme keluaran terbaru ini turut menampilkan paparan HD 6.52-inci. Tidak ketinggalan, pada bahagian hadapannya juga menempatkan satu kamera swafoto 8MP f/2.0 di bahagian takuk paparan sebelah atasnya.
Tidak dilupakan, untuk kamera utamanya di bahagian belakang menempatkan sebuah lensa 12MP f/1.8 sebagai lensa utamanya bersama-sama lensa bersudut luas 8MP f/2.25, lensa potret 2MP dan lensa makro 2MP.
Melalui sokongan bekalan kuasa 5,000mAh, Realme 5i mampu memberikan waktu bersedia sehingga 30 hari. Telefon pintar ini juga mempunyai keupayaan pengecasan berbalik (reverse charging) yang membolehkan ianya mengecas peranti-peranti lain melalui port mikro-USB.
Pada harga RM599, Realme 5i terbaru ini boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu; Aqua Blue dan Forest Green. Pengguna yang berminat boleh mendapatkan telefon pintar ini bermula dari 18 Januari 2020 melalui wakil-wakil jualan yang sah di seluruh negara.