Home Mobile Aplikasi e-Baucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 kini boleh ditebus di laman web AirAsia

e-Baucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 kini boleh ditebus di laman web AirAsia

32
0

AirAsia baru-baru ini telah mengumumkan e-Baucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 kini boleh ditebus melalui laman web rasminya bermula pada hari ini. Pada masa yang sama, syarikat penerbangan ini juga turut mendedahkan bakal memperluaskan penerbangan domestiknya dengan lapan laluan baharu.

Minggu lalu, AirAsia telah mengagihkan keseluruhan 24,000 e-baucar kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia yang layak sebagai sebahagian dari kerjasama dengan Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC). Agihan ini diberikan berdasarkan siapa-cepat-dia-dapat dan boleh ditebus menerusi laman web rasminya sejak jam 2 petang tadi.

e-Baucar ini membolehkan para pelanggan untuk menebus diskaun RM50 ke mana-mana destinasi penerbangan domestik Malaysia yang ditempah di antara 30 November sehingga 13 Disember 2020. Pengguna juga perlu menetapkan tarikh penerbangan di antara 7 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Dalam masa yang sama, AirAsia turut memperluaskan lagi laluan penerbangan domestiknya. Lapan laluan penerbangan domestik baharu berkenaan temasuklah, Langkawi – Ipoh, Langkawi – Kota Bharu, Johor Bahru – Bintulu, Johor Bahru – Kota Bharu, P. Pinang – Sibu, P. Pinang – Kota Bharu, dan Kuching – Langkawi.

AirAsia turut menyatakan setiap laluan penerbangan berkenaan akan beroperasi dengan kekerapan tiga kali seminggu bermula Disember 2020. Untuk penerbangan di antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu pula dijadualkan bermula pada Februari 2021.

Maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi AirAsia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.