Utama Mobile Telco DNB umumkan kelajuan purata 5G baharu adalah 624Mbps

DNB umumkan kelajuan purata 5G baharu adalah 624Mbps

521
0

Kelajuan sambungan rangkaian 5G di Malaysia didapati jauh lebih pantas jika dibandingkan dengan rangkaian 4G. Berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB), kelajuan purata rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 624Mbps.

Disember lalu, DNB memaklumkan kelajuan purata rangkaian 5G di Malaysia adalah di sekitar 514Mbps. Bagaimanapun, laporan terkini menyatakan terdapat peningkatan dari segi kelajuan dan kadar celus (throughput) rangkaian generasi baharu tersebut di Malaysia.

Berdasarkan kemaskini peta liputan terkini DNB, kelajuan purata terkini yang dicatatkan adalah sekitar 624Mbps, 110Mbps lebih pantas berbanding tahun lalu. Sebagai perbandingan, rangkaian 4G hanya mampu mencapai kelajuan pada 31Mbps sahaja.

Bagi penawaran pakej jalur lebar fiber talian tetap pula, buat masa ini TM menawarkan pakej 100Mbps pada harga RM129. Manakala untuk pakej berkelajuan 300Mbps pula, harganya adalah RM199. Jika harga bagi pelan 5G tidak banyak berubah, boleh dikatakan penawaran pada kelajuan ini amat berbaloi.

Walaubagaimanapun, akses 5G hanya terhad di sebilangan tempat di Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian tempat di Kuala Lumpur buat masa ini. Pihak DNB kini sedang merancang untuk meluaskan liputan 5G di 40% kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

Syarikat telekomunikasi Yes buat masa ini sedang menawarkan kad SIM 5G percuma kepada pengguna-pengguna yang berminat. Anda boleh mendaftar menerusi laman rasmi First to 5G Yes untuk mendapatkannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.