Utama Teknologi GovTech DNB, MAMPU, MDEC, CSM kini di bawah Kementerian Digital

DNB, MAMPU, MDEC, CSM kini di bawah Kementerian Digital

97
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah berkongsikan maklumat terkini berhubung perpindahan beberapa agensi kerajaan yang sebelum ini di bawah kementerian beliau. Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah dibahagikan kepada dua oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika penyusunan semula kabinet bulan lepas dengan Ahli Parlimen Damansara YB Gobind Singh Deo mengetuai Kementerian Digital.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Fahmi Fadzil, agensi-agensi seperti MAMPU, Digital Nasional Berhad (DNB), Malaysia Digital Economy Corp (MDEC), dan Cybersecurity Malaysia (CSM) kini diletakkan di bawah Kementerian Digital yang baharu dibentuk.

Dalam pada masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan kekal di bawah Kementerian Komunikasi. Menurut Fahmi lagi, MIMOS yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dikembalikan semula kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Walaubagaimanapun, projek MYDigital ID akan kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum dipindahkan semula kepada Kementerian Digital kelak.

Menteri berkenaan juga menyatakan kerajaan akan mengumumkan peralihan dari rangkaian borong tunggal 5G kepada dwi-rangkaian borong 5G dalam bulan ini. Beliau turut mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di kawasan berpendudukan di seluruh negara telah mencapai 80.2% setakat 31 Disember 2023, melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.