Sokongan DirectX 12 ke Windows 7 sepatutnya telah pun dilakukan lama dahulu sewaktu ianya dilancarkan bersama-sama Windows 10 pada tahun 2015. Mengambil semangat, “biar lambat asal jangan langsung takda”, Microsoft akhirnya menerima maklumbalas penggunanya dan akan membawakan sokongan DirectX 12 ke Windows 7.
Microsoft kini sedang bekerjasama dengan beberapa kumpulan pembangun untuk membawakan permainan-permainan yang menyokong DX12 ke Windows 7. Permainan pertama yang menerima sokongan DX 12 di dalam Windows 7 adalah World of Warcraft, yang mula dibolehkan pada patch 8.1.5.
Agak menghairankan juga tindakan Microsoft ini kerana sokongan untuk Windows 7 akan tamat tidak lama lagi iaitu pada 14 Januari 2020.
Sebagai maklumat tambahan, DX 12 merupakan API peringkat rendah yang mampu membolehkan para pembangun menyediakan kadar bingkai yang lebih pantas ketika dalam permainan.
Sumber berita diperoleh dari The Verge













