Microsoft dilihat seperti tidak mahu pengguna-penggunanya terus-menerus menggunakan Windows 7 sebagaimana yang telah terjadi dengan Windows XP. Pelbagai cara telah digunakan bagi menggalakkan pengguna-penggunanya menaik taraf ke Windows 10. Siap bagi free pun pernah masa mula-mula keluar dulu.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna-pengguna perusahaan yang masih lagi kekal setia bersama-sama Windows 7, tidak lama lagi Microsoft bakal mengenakan bayaran untuk mendapatkan kemaskini keselamatan bagi sistem operasi popular berkenaan.

Sokongan kemaskini lanjutan untuk Windows 7 ini telah ditetapkan tarikh tamatnya pada 14 Januari 2020. Sehubungan itu, semalam pihak Microsoft telah mengumumkan kemaskini berbayar yang dikenali sebagai Windows 7 Extended Security Updates (ESU) bermula Januari 2023.

Pakej berkenaan akan dijual secara berasingan mengikut peranti. Microsoft bagaimanpun tidak menyatakan harga bagi kemaskini berkenaan. Namun, memberikan kemungkinan harganya akan meningkat dari tahun ke tahun.

Perlu diingatkan bahawa, kemaskini berbayar ini tidak akan dikenakan kepada pengguna Window 7 Home. Ianya akan dikenakan untuk pengguna-pengguna Windows 7 Professional dan Windows 7 Enterprise yang menggunakan lesen pukal.

Masalah pengguna Windows yang tidak mahu beralih ke sistem operasi terbaru sememangnya sudah dijangkakan memandangkan hal yang lebih kurang sama pernah berlaku ketika Windows XP dahulu. Menurut data yang dianalisis oleh Net Marketshare, lebih kurang 40 peratus komputer desktop menggunakan Windows 7, berbanding dengan 38 peratus yang menggunakan Windows 10.

Manakala StatCounter pula melaporkan Windows 7, menguasai pasaran pada 38.65 peratus.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.