Utama Mobile Digi #MyCyberSale tawar Alcatel Pop 2 RM99, Lenovo A6000 RM259

Digi #MyCyberSale tawar Alcatel Pop 2 RM99, Lenovo A6000 RM259

869
0

MyCyberSale telah bermula dan Digi menawarkan pelbagai tawaran hebat sempena promosi jualan atas talian ini dengan telefon pintar Alcatel Pop 2 ditawarkan pada harga serendah RM 99 dengan pek prabayar Digi Smart Prepaid percuma.

Selain dari tawaran hebat bagi telefon pintar Alcatel tersebut, Digi turut menawarkan telefon pintar Lenovo A6000 pada harga menarik serendah RM259 berserta tawaran Digi SmartPlan 50 dengan langgan bulanan hanya RM 40.

Malah, melalui langganan Digi Broadband sebuah dongle internet Huawei E303 turut ditawarkan secara percuma bagi para pelanggan yang baru mendaftar pelan internet dari syarikat telco berkenaan.

Sebelum ini, Digi pernah menawarkan Alcatel Pop 2 secara percuma melalui langganan berkontrak 24 bulan pasca bayar SmartPlan. Alcatel Pop 2 merupakan telefon pintar Android yang menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat dengan sokongan sambungan LTE. Pada skrin paparan bersaiz 4.5 inci, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel dan pemprosesan empat teras 1.2 GHz.Digi Alcatel Pop 2 Offer

Bagi telefon pintar yang lebih tinggi sedikit spesifikasinya yang ditawarkan oleh Digi, Lenovo A6000 pula lebih besar saiz paparan skrinnya, iaitu 5 inci. Sistem operasinya sama dengan Alcatel Pop 2, Android 4.4 KitKat dan begitu juga dengan kuasa pemprosesannya yang hampir sama empat teras 1.2 GHz Cortex-A53. Kelebihan lain yang ada pada telefon pintar Lenovo ini berbanding Alcatel Pop 2 adalah baterinya yang menggunakan Lithium Polimer berkapasiti 2300 mAh.Digi Lenovo A6000 OfferDigi Broadband Dongle Offer

Layari Digi untuk maklumat lanjut berkenaan promosi #MyCyberSale.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.