Utama Teknologi Keselamatan Data 13 juta rakyat Malaysia yang didakwa dari Maybank, Astro & SPR...

Data 13 juta rakyat Malaysia yang didakwa dari Maybank, Astro & SPR dijual Online

332
0
Code

Menjelang akhir tahun ini, Malaysia berdepan dengan satu lagi insiden kebocoran data. Kali ini melibatkan pangkalan data 13 juta pengguna dari Malaysia yang dijual menerusi satu forum dalam talian. Menurut penjual data tersebut, rekod 13 juta pengguna tersebut datangnya dari Astro, Maybank dan SPR.

Berkemungkinan besar penjual tersebut bukan dari kalangan warganegara Malaysia kerana “SPR” dan “Astro” dilabelkannya sebagai “bank”. Dari pecahan data-data tersebut, 3.5 juta rekod dikatakan dari “Astro”, 1.8 juta lagi dari “Maybank” dan selebihnya 7.2 juta rekod dari “SPR”.

Berdasarkan sampel data tersebut, senarai yang kononnya dari “Astro” tersebut mengandungi nama penuh pelanggan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat penuh. Manakala untuk senarai “Maybank” pula, ia mengandungi nama, angka 12-digit yang tidak dinamakan, nombor telefon dan juga alamat. Senarai “SPR” yang mempunyai rekod paling banyak mempunyai nombor kad pengenalan baharu dan lama, nama penuh, jantina, alamat dan nombor telefon.Malaysia Data Leaks 2022

Sungguhpun data tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan kewangan seperti nombor kad, nama pengguna dan kata laluan, data peribadi tersebut boleh disalahgunakan bagi tujuan kegiatan penipuan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengarahkan Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi menyiasat insiden kebocoran data tersebut dan mengambil langkah yang sewajarnya mengikut undang-undang. Selain membendung kegiatan penipuan (scam), melindungi data peribadi pengguna dan membanteras kebocoran data juga merupakan antara keutamaan yang dijanjikan beliau.

Ini bukanlah kali pertama maklumat peribadi melibatkan pengguna di Malaysia dijual secara besar-besaran. Awal tahun ini, pangkalan data yang dikatakan dari JPN yang mengandungi 22.5 juta rekod pernah dilaporkan dijual secara dalam talian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.