Home Automotif Pengecualian Cukai Jualan, Harga Model Honda turun sehingga RM9,502.47

Pengecualian Cukai Jualan, Harga Model Honda turun sehingga RM9,502.47

30
0

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2020 – Harga model Honda turun sehingga RM9,502.47 berkuatkuasa hari ini berikutan pengecualian cukai jualan seperti diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Honda Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pengumuman harga baharu itu selaras dengan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya.

Menerusi pelarasan harga baharu, model CKD iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord turun antara RM2,788.46 hingga RM8,545.63. Sementara, model CBU iaitu Odyssey turun sebanyak RM9,502.47.

“Harga baharu ini berkuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Disember 2020,” katanya.

Selain harga baharu, pelanggan juga akan menikmati promosi istimewa menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata syarikat itu menghargai sokongan kerajaan terhadap sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif berkenaan.

“Dengan ini, kami menawarkan penjimatan dari pengecualian cukai kepada pelanggan kami. Honda Malaysia berharap pengurangan harga ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda.

“Kami yakin PENJANA akan akan membantu menghidupkan kembali industri dan menghasilkan kesan domino untuk ekonomi secara umum.

“Honda Malaysia akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyokong rancangan kerajaan untuk membantu pemulihan ekonomi negara kesan daripada COVID-19,” katanya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.