Utama Mobile Aplikasi CIMBClicks didapati tergendala sejak dari jam 4.30 petang tadi

CIMBClicks didapati tergendala sejak dari jam 4.30 petang tadi

1468
0

Laman perbankan dalam talian CIMBClicks berserta aplikasi mudah alihnya didapati tergendala sejak dari jam 4.30 petang tadi. Sebelum itu, sesetengah pengguna menyatakan mengalami gangguan sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan sejak dari jam 1.30 petang tadi.

Mesej sistem ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan telah dinyatakan pada muka hadapan CIMB Clicks.

Pada awalnya, mesej masalah tergendala tersebut menyebut dijangka akan diselesaikan sekitar jam 9 malam ini. Namun, semakan terkini dari pihak kami mendapati ianya masih lagi belum pulih.

Pelanggan-pelangan yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian CIMB telah memaklumkan keadaan ini melalui laman media sosial rasmi CIMB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.